web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sebahagian Wang Pinjaman 1MDB Masuk Ke Akaun Najib - Penganalisis BNM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2023 7:59PM

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan berkaitan dana 1MDB. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa lebih £9.45 juta wang pinjaman 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2014.

Penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM), Adam Ariff Mohd Roslan, 29, berkata wang itu daripada dua syarikat asing, Blackrock Commodities (Global) Ltd dan Vista Equity International Partners, dikuasai Eric Tan Kim Loong, yang didakwa sebagai rakan perniagaan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Saksi pendakwaan ke-47 itu berkata, wang tersebut sudah dimasukkan ke dalam akaun Najib yang berakhir dengan '880', antara 23 Jun 2014 hingga 17 Disember 2014.

“Blackrock memindahkan £750,000 juta (RM4,093,500 mengikut kadar pertukaran ketika itu) pada 19 Jun 2014, manakala Vista Equity memindahkan £8,706,021.92 juta (RM45,825,918.13 pada kadar pertukaran ketika itu) ke dalam akaun yang sama melalui lima transaksi,” katanya.

Menurut pernyataan pembukaan pihak pendakwaan pada permulaan perbicaraan pada 2019, ia menyatakan jumlah tersebut (£9.45 juta) asalnya daripada 1MDB melalui anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Ltd, yang memperoleh dua pinjaman berjumlah AS$1.225 bilion daripada Deutsche Bank Singapura.

enganalisis Bank Negara Adam Ariff Mohd Roslan hadir ke Mahkamah Tinggi hari ini sebagai saksi pendakwaan berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. gambar BERNAMA
enganalisis Bank Negara Adam Ariff Mohd Roslan hadir ke Mahkamah Tinggi hari ini sebagai saksi pendakwaan berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. gambar BERNAMA

Adam Ariff berkata, akaun '880' Najib mempunyai RM100,000 sebelum £750,000 (RM4,093,500) didepositkan.

Saksi itu berkata demikian ketika mengesahkan laporan jejak wang pada perbicaraan Najib membabitkan dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Najib, 70, hadir di mahkamah memakai sut biru dan bertali leher. Beberapa penyokongnya dilihat duduk di galeri awam di mahkamah.

Bekas perdana menteri itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung pada 9 Oktober. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 3 bulan yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global