web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beras Import Dijual Pada Harga Rahmah Seluruh Negara - Armizan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2023 6:06PM

Beras import pada harga Rahmah ini boleh dibeli pada Jualan Rahmah bermula hari ini - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mula mengadakan jualan beras import pada harga Rahmah, di setiap program Jualan Rahmah di seluruh negara.

Pemangku Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali berkata bermula hari ini, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kilogram (kg) pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30, di mana-mana program Jualan Rahmah di kawasan mereka.

Beliau berkata perkara berkenaan dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, sebagai satu langkah mitigasi bagi menangani gangguan sementara bekalan beras tempatan dan kenaikan harga beras import.

“Harga beras import yang ditawarkan itu lebih murah daripada apa dijual di pasaran, iaitu biasanya pada harga RM35 hingga RM40 dan lebih, bagi sektor peruncitan.

“Ini usaha kita lakukan untuk membantu KPKM (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan), menangani isu kekurangan bekalan beras tempatan dan peningkatan harga beras import di pasaran, ini langkah jangka pendek, kita percaya KPKM ada perancangan penyelesaian jangka sederhana dan panjang,” katanya.

Armizan berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan tinjauan di Program Jualan Rahmah, di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dataran Simpang Pelangai di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang Sim Chon Siang.

Beliau berkata keputusan mengadakan jualan beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah, diambil bagi mengelakkan program itu yang diadakan di seluruh kawasan DUN di seluruh negara, menggangu bekalan beras tempatan di pasaran.

“Jadi biar kita ambil beras import tapi kita jual pada harga Rahmah, kita tak nak ganggu atau berlaku dan bertambah gangguan bekalan beras tempatan di sektor runcit,” katanya.

Armizan berkata pada mesyuarat NACCOL semalam, beliau telah mengutarakan cadangan berkaitan perluasan penguatkuasaan kepada penguat kuasa KPDN dalam hal berkaitan beras, bagi membantu usaha menangani isu bekalan.

“Kita berpandangan wajar cadangan ini dipertimbangkan, kita mahu bantu (tangani isu beras), (namun) sebarang keputusan berkaitan itu akan diputuskan KPKM,” katanya. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Jamal Abdillah Jual Daging Lembu Harga Rahmah

2

Semasa 7 bulan yang lalu

KPKM Optimis Kemuka Penyelesaian Isu Padi, Beras Seperti Diarah PM

3

Semasa 7 bulan yang lalu

KPKM, NACCOL Ada Hingga 20 Mac Untuk Muktamad Harga Beras - PM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Mesyuarat NACCOL Putuskan Harga Kawalan Beras Minggu Depan - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi