web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas Wartawan Sambilan Terlantar Terima Sumbangan Tabung Kasih@HAWANA

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2023 4:01PM

Rokaid yang terlantar selepas diserang angin ahmar, menerima sumbangan daripada Tabung Kasih@HAWANA. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR PUTEH - Bekas wartawan sambilan Berita Harian Kelantan, Rokaid Chik yang terlantar selepas tiga kali diserang angin ahmar menzahirkan penghargaan atas inisiatif Tabung Kasih@HAWANA menyalurkan bantuan kepadanya.

Biarpun mengalami masalah bertutur (sebutan tidak jelas) dan masalah pendengaran, Rokaid, 58, tetap mahu menyampaikan rasa terharunya kerana masalah kesihatan yang dihadapinya mendapat perhatian daripada komuniti pengamal media.

"Terima kasih Menteri (Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil) yang cakna dengan keadaan saya,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menerima sumbangan daripada Sekretariat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di kediaman beliau di Kampung Selising, di sini semalam.

Sementara itu, isteri Rokaid, Rosmahani Ramli, 58 berkata kali pertama suaminya diserang strok kecil pada 2014 namun kembali pulih selepas menjalani rawatan.

"Kali kedua beliau diserang strok pada 2018 dan 2020 diserang strok buat kali ketiga menyebabkannya koma selama tiga bulan. Kini, kedua-dua belah anggota badannya tidak dapat berfungsi seperti biasa, tidak dapat bergerak dan hilang pendengaran.

"Oleh sebab dia tidak dapat mendengar, kami berkomunikasi menggunakan aplikasi WhatsApp walaupun saya hanya berada di sebelahnya," katanya.

Menurut Rosmahani, sejak suaminya tidak bekerja, semua perbelanjaan keluarga diurus sendiri termasuk membayar upah penjaga bagi menguruskan Rokaid, selain urusan persekolahan dua lagi anak mereka.

"Tiada siapa di rumah bila saya keluar mengajar di sekolah jadi saya upah orang menguruskannya sementara saya balik kerja. Saya telah memohon untuk bersara awal tahun ini bagi meluangkan masa sepenuhnya bersama suami," katanya.

Sementara itu anak bongsu pasangan itu, Nurin Atuni Sofea,19, berkata dia akan menyambung pengajian dalam bidang perubatan di sebuah universiti di Mesir awal bulan depan demi merealisasikan hasrat bapanya yang ingin melihat dirinya menjadi doktor.

Namun katanya, untuk permulaan mereka terpaksa menyediakan kira-kira RM40,000 setahun bagi mengikuti pengajian tersebut tidak termasuk kos penginapan dan keperluan lain.

"Saya harap semuanya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki untuk mencapai cita-cita ini dan dapat memberi sedikit kegembiraan buat abah dan umi," katanya.

Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan sempena HAWANA 2023, bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.

Ia merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan dilaksanakan menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sejak 14 April 2023 sebagai usaha berterusan membantu komuniti media yang berdepan dengan kesukaran dan cabaran hidup. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Wartawan Luar Mahu Pelajari Amalan Terbaik, Pengetahuan Bernilai Di HAWANA 2024

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Wartawan Kritikal Di London, Fahmi Minta Dana Tabung Kasih @HAWANA Disalurkan Segera

3

Semasa 1 tahun yang lalu

HAWANA 2023: Fahmi, Timbalan Lawat Gerai Pameran The Vibes, Getaran

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Perlukan Media Yang Bebas, Berani Untuk Bersuara - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global