web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KFC Menggamit Nostalgia, Netizen Sebak Imbas Memori Di Waktu Kecil

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2023 7:56AM

Hidangan ayam goreng, kentang putar dan coleslaw sentiasa menggamit kenangan rakyat Malaysia. gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ratusan rangkaian restoran makanan segera telah membanjiri negara ini, sejak Malaysia mula berkembang pesat.

Segelintir jenama cuma mampu bertahan buat seketika dek salah percaturan, tak kurang yang mampu menongkah zaman dan kukuh bertapak sehingga hari ini - tentunya dengan melaksanakan pelbagai pembaharuan dan revolusi supaya terus kekal relevan.

Dianggap sebagai antara hidangan ‘mewah’ satu ketika dahulu, Kentucky Fried Chicken atau kini dikenali sebagai KFC amat dekat di hati rakyat.

Berkongsi nostalgia makanan segera ini, seorang pemuda, Zulfadhli Zin berkata, dia masih menganggap KFC sebagai ganjaran jika berjaya mencapai sesuatu.

Katanya, KFC bukan sekadar makanan segera, tetapi ia menggamit memori masa lalu yang tidak mungkin boleh dilupakan.

“Penutup September, aku reward diri aku dengan KFC sebab achieve something. Memang KFC menjadi pilihan nak reward diri. Sebab itu makanan yang susah nak dapat time kecik.

“Aku post dekat tiktok sebelum tidur. Bangun tidur banyak notification & berair mata aku baca comment,” katanya melalui ciapan.

Jelas Zulfadhli, KFC sejak dahulu menjadi pilihan utama rakyat, khususnya golongan marhaen untuk dijadikan sebagai ‘reward’ atau ganjaran.

“If you achieve something, KFC menjadi 'home' buat ramai Malaysian walaupun banyak lagi brand & kedai lain yang lagi better ayamnya sekarang.

One of cara aku heal inner child aku yang selalu teringin KFC masa kecik. Kecik pada orang lain, besar pada aku. Let’s enjoy our life and treat ourselves better.” katanya, sebak.

Perkongsian Zulfadhli menerima sokongan ramai, dengan majoriti netizen meluahkan pendapat senada.

Tangkap layar dikongsi Zulfadhli yang memaparkan antara respon netizen mengenai KFC.
Tangkap layar dikongsi Zulfadhli yang memaparkan antara respon netizen mengenai KFC.

Muhammad Hafiz di akaun @Hafizlkfli misalnya berkata, KFC menjadi pendorong untuk anak-anak mencatatkan pencapaian terbaik, kerana harganya agak tinggi satu ketika dahulu.

Growing up, we couldn’t simply mintak parents belikan KFC, no. We had to earn ourselves that KFC, kena study dapat top 10, dapat banyak A’s, excel in sukan etc.,then only rasa makan KFC. 

“KFC ni kira top tier treats lah. Orang yang lahir-lahir senang, they don't understand this,” katanya.

FHMA di akaun @farahhana1982 pula berkata, KFC menyimpan sejuta kenangan manis bersama keluarga ketika dia masih kecil.

Same. In our family zaman kecik2 dulu KFC was a luxury tp kalau demam mak abah selalu pujuk dgn belikan KFC, tapau makan ramai2 kat rumah. 

So KFC tu ade satu sentimental value. Dah besar duduk sendiri bila demam mesti teringat ni KFC pastu homesick ingat family,” katanya, yang turut meletak emoji menangis di hujung ayat.

Setakat jam 7 pagi tadi, ciapan Zulfadhli sudah diulang ciap 4,200 pengguna platform X dan menerima 9,431 tanda suka, malah video yang disertakan bersama ciapan itu sudah menerima lebih 789,000 tontonan. - Getaran, 5 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

2

Semasa 1 tahun yang lalu

'Belanja Agong KFC, Nanti Boleh Cerita Kat Kawan'

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Santuni Rakyat Ketika Lawatan Di Beberapa Negeri Pahat Kenangan Manis Buat Agong

4

TARA 1 tahun yang lalu

Buka Puasa Dengan Hidangan Memikat Selera

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'