web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Orang Asli Dipercayai Dibaham Harimau Ditemukan Di Kawasan Cerun

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 8:15AM

Mayat lelaki Orang Asli yang dipercayai diserang harimau sudah ditemukan, semalam. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Seorang lelaki Orang Asli yang maut akibat diserang hidupan liar dipercayai harimau belang, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna di kawasan cerun dalam hutan dekat Pos Pasik, di sini, pada jam 11.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata, operasi membawa keluar mayat mangsa mengambil masa kira-kira sejam 45 minit, ekoran kedudukannya yang berada di cerun dan lebih kurang 300 meter dari kawasan pasukan mencari dan menyelamat (SAR), tiba di lokasi berkenaan.

“Selain tiada bahagian kaki kiri, mangsa turut ditemukan dengan kesan kecederaan di bahagian punggung dan hilang sebahagian kepala, dipercayai dibaham haiwan berkenaan.

“Berdasarkan kesan kecederaan juga dipercayai mangsa mula diterkam di bahagian leher terlebih dahulu, sebelum diseret ke dalam kawasan hutan,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Gua Musang, semalam.

Sik berkata, mayat mangsa dibawa keluar oleh pasukan SAR, sebelum tiba di unit forensik Hospital Gua Musang pada jam 2.50 petang untuk proses seterusnya, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Operasi tersebut melibatkan seramai 27 anggota keselamatan terdiri daripada polis, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), bomba, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Sik turut menasihatkan penduduk Orang Asli di sekitar Pos Pasik supaya sentiasa berwaspada dalam melakukan aktiviti pertanian serta mencari hasil hutan, dan sentiasa bergerak dalam kumpulan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

3

Gaya 5 bulan yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

4

Semasa 9 bulan yang lalu

10,000 Orang Asli Temiar Di 7 Penempatan Terputus Hubungan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah