web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Negeri Sembilan Perlu Tingkat Usaha Capai Matlamat Negeri Berpendapatan Tinggi

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Oct 2023 6:57PM

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah pada Perasmian Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, ke-15 hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan kerajaan negeri supaya menumpukan usaha menambah baik kemudahan perniagaan dan meningkatkan pelaburan berkualiti ke arah menjana peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

Baginda bertitah sumbangan sektor lain seperti pertanian, terutama sub sektor agromakanan juga harus dipertingkatkan sebagai agenda pembangunan yang akan memberi limpahan ekonomi dan sumber bekalan makanan bukan sahaja kepada penduduk negeri ini, malah juga di sekitar Lembah Klang. 

Bertitah pada Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang ke-15 di sini hari ini, Tuanku Muhriz memuji kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang berjaya merekodkan pelaburan RM8.9 bilion tahun lalu, meningkat 53 peratus berbanding RM5.8 bilion pada 2021.

“Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) juga menunjukkan perkembangan positif dengan kadar pertumbuhan 6.4 peratus tahun lepas berbanding 3.1 peratus pada tahun sebelumnya. Sumbangan terbesar KDNK negeri adalah daripada sektor perkhidmatan (51.5 peratus) dan pembuatan (38.1 peratus) yang menjadi asas kepada matlamat ke arah negeri berpendapatan tinggi,” titah baginda.

Turut berangkat pada istiadat perasmian persidangan DUN Negeri Sembilan itu adalah Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud. 

Tuanku Muhriz turut menzahirkan kesyukuran atas usaha kerajaan negeri meningkatkan hasil negeri dan mengurus kewangan dengan penuh integriti sehingga membolehkan kerajaan negeri mengutip hasil RM521.22 juta, melebihi sasaran tahun lepas iaitu RM432 juta.

Baginda bertitah pencapaian itu sekali gus mengubah belanjawan Tahun 2022 daripada defisit RM88 juta kepada lebihan RM31 juta.

Dalam pada itu, baginda turut menyokong usaha supaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus diperkasakan dengan pendekatan kolaborasi antara institusi berkaitan bersama pihak awam dan swasta bagi memastikan semua siswazah dilatih berdasarkan keperluan semasa industri setempat.

"Pengajian sepanjang hayat perlu diterapkan menerusi program peningkatan kemahiran dan kemahiran semula bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separa mahir. Ia amat penting bagi memenuhi permintaan semasa,” titah baginda.

Tuanku Muhriz bertitah penyediaan prasarana dan infrastruktur kawasan industri yang kondusif perlu terus menjadi agenda utama dan usaha menyediakan Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) wajar diberikan perhatian bagi memastikan kebajikan tenaga terpelihara.

Baginda bertitah ekosistem industri perlu sentiasa dikawal selia dan ditambah baik seiring perkembangan semasa dan baginda menyambut baik matlamat menjadikan industri hiliran sebagai sektor yang menyokong industri utama di negeri ini melalui pemerkasaan peranan sektor swasta serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Selain itu, penyediaan infrastruktur dan akses kepada perkhidmatan digital perlu terus dipertingkatkan selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional Tahun 2030 dan Pelan Ekonomi Digital Negeri Sembilan 2023-2027 (PEDNS 2023-2027).

Tuanku Muhriz turut mengucapkan tahniah kepada Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat yang memperoleh mandat mengetuai kepimpinan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan serta wakil rakyat yang dipilih selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas.

“Suasana muhibah perlu terus dipelihara agar negeri ini bertambah maju serta berkekalan menjadi kebanggaan generasi yang akan datang. Negara dan negeri ini telah melalui 15 kali proses pilihan raya secara demokrasi bagi menentukan pucuk pimpinan kerajaan.

"Baru-baru ini, kita dapat melihat perubahan besar dalam landskap politik dan corak pentadbiran kerajaan. Beta menyambut baik permuafakatan yang tercapai dalam kalangan pimpinan parti untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan utuh," titah baginda.

Keputusan PRN Negeri Sembilan pada Ogos lepas menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mendapat 31 kerusi iaitu 17 kerusi PH dan 14 kerusi BN manakala Perikatan Nasional (PN), lima kerusi.

Persidangan DUN disambung esok. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah