web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gudang Sorok 180 Tan Beras Tempatan Disita

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Oct 2023 4:59PM

Sebahagian daripada beras putih tempatan yang disita dalam serbuan di sebuah kilang di Alor Setar. gambar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah kilang di Alor Setar, Kedah disita selepas kegiatan menyorok 180 tan beras putih tempatan (BPT) berjaya dibongkar oleh Pasukan Petugas Khas Bersepadu Operasi Beras Putih Tempatan (OP BPT).

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin, berkata serbuan itu dibuat susulan siasatan mendapati beras gred Super Spesial Tempatan 5 peratus (SST5) di dalam kampit jumbo disorok di dalam gudang kilang yang tidak memiliki lesen menyimpan beras.

"Hasil siasatan kami mengesyaki kilang itu telah melakukan kesalahan menyimpan stok beras tanpa lesen dan Pasukan Petugas Khas bertindak menyita BPT yang disimpan di dalam gudang itu dan ia dianggarkan bernilai RM405,000," kata Chan dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan kerajaan berhubung pengurusan BPT di negara ini.

Katanya, tindakan tegas akan diambil oleh kementeriannya menerusi pasukan petugas khas yang diwujudkan terhadap mana-mana pihak yang disyaki melanggar peraturan sedia ada.

Pasukan Petugas Khas OP BPT ini dianggotai oleh KPKM, Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS).

"Kes ini akan disiasat di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Kilang-Kilang Padi) 1996 P.U (A) 626.

"Sekiranya didapati bersalah, kilang padi itu boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM25,000 bagi kesalahan pertama dan Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras melalui notis secara bertulis boleh membatalkan atau menggantung lesen mereka," kata kenyataan itu lagi.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung kepincangan dalam pengedaran beras negara selepas berjaya membongkar kegiatan penipuan pembekalan 28,000 tan beras bernilai RM100 juta di Kedah.

Difahamkan, kegiatan penipuan di Kedah itu terbongkar apabila SPRM mengesan berlakunya aktiviti mencurigakan dan berunsur rasuah membabitkan satu syarikat yang mendapat kontrak pembekalan beras daripada sebuah syarikat pertanian milik kerajaan negeri bernilai lebih RM100 juta setahun, kira-kira tujuh tahun lalu bagi membekalkan beras di Semenanjung Malaysia. - Getaran, 10 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kastam Sita 147 Kenderaan Mikromobiliti Bernilai Lebih RM700,000

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Op Gempur Raya: 39 Kompaun Dikeluarkan Terhadap Kilang Seluruh Negara

4

Semasa 7 bulan yang lalu

KPKM Optimis Kemuka Penyelesaian Isu Padi, Beras Seperti Diarah PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka