web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPRM Serbu 5 Kilang Beras Di Kedah - Azam Baki

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2023 6:13PM

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu lima kilang beras di Kedah yang disyaki terlibat dalam penyelewengan subsidi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tiga kilang diserbu hari ini, manakala dua lagi semalam.

Beliau berkata, SPRM tidak melihat kepada isu penyorokan beras tetapi lebih kepada isu subsidi yang berpotensi mempunyai unsur rasuah.

“Perspektif SPRM adalah lebih kepada kesalahan-kesalahan rasuah yang mungkin berlaku, terutama jika melibatkan dana wang kerajaan berkaitan subsidi sekiranya ia diseleweng,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Perkongsian Awam Swasta Fasa Dua: Cabaran Bersama Integriti Dalam Menangani Jenayah di sini, hari ini.

“SPRM tidak sasarkan mana-mana ahli politik atau kerajaan negeri dalam isu (serbu kilang beras di Kedah) kerana tugas kami adalah untuk meneliti sebarang maklumat dan aduan yang diterima,” katanya.

Azam juga berkata, SPRM akan bertindak secara profesional untuk menyiasat individu yang terlibat tanpa mengira latar belakang mereka.

Beliau berkata, SPRM perlu meneliti dokumen seperti tuntutan untuk melihat jika terdapat unsur penyelewengan dan akan memanggil pihak yang mengawal selia padi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Mengulas mengenai siasatan SPRM membabitkan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakan kongsinya yang ditahan bersama wang tunai RM38 juta pada Julai lalu, Azam berkata, kes itu sedang disiasat oleh pasukan petugas yang dianggotai pelbagai agensi kerajaan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Pada 25 Julai lalu, lelaki bergelar Datuk serta rakan kongsinya ditahan dalam Op 82S dan emas seberat 200 kilogram bernilai kira-kira RM60 juta serta 17 kereta mewah telah dirampas. 

Sementara itu, sumber SPRM memberitahu agensi tersebut kini menumpukan siasatan berkait penyelewengan pemberian subsidi kepada petani yang menjual beras tempatan ke kilang yang dilesenkan.

Serbuan SPRM terhadap lima kilang beras di Kedah semalam dan hari ini adalah bagi mengesan aktiviti penyelewengan pemberian subsidi beras tempatan yang disyaki menipu resit pembelian padi di kilang terbabit.

"Penyelewengan dalam tuntutan subsidi ini disyaki berlaku apabila jumlah berat padi yang dijual di kilang tidak sama dengan nilai subsidi yang dibayar kepada petani,” katanya sambil menambah resit pembelian dan jumlah berat padi disyaki sengaja dipalsukan dengan melipatgandakan jumlah jualan.

SPRM juga mendapati ada pengilang yang disyaki mencampurkan beras tempatan dengan beras import untuk dijual pada harga import dan keuntungan diraih adalah jauh lebih besar berbanding harga beras tempatan yang dikawal kerajaan.

Sumber itu turut memaklumkan punca bekalan beras tempatan berkurangan adalah dipercayai akibat tindakan pengilang menyorokkan beras tempatan kononnya untuk menunggu pelarasan harga oleh kerajaan atas alasan ia disimpan kerana tiada ejen yang mahu membelinya.

Azam ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dengan melihat kepada kesalahan jenayah serta aspek tatakelola dalam pengagihan subsidi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah