web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Belanjawan 2024: Malaysia Rekod Penutupan Sekolah Tertinggi Ketika COVID-19 

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2023 9:16PM

Penutupan sekolah di Malaysia ketika pandemik COVID-19 adalah yang tertinggi di rantau ini - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan penutupan sekolah tertinggi berbanding negara serantau ketika pandemik COVID-19. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rentetan itu ada sebilangan murid yang masih tercicir dan memerlukan bimbingan lanjut. 

“Untuk itu, RM100 juta disediakan bagi melaksanakan pendekatan holistik melibatkan semua pihak dalam membantu murid yang terkesan.

“Bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara yang. sedang dirangka turut mengambil kira cadangan dan kekhuatiran ibu bapa,
warga pendidik dan industri, Kementerian Pendidikan Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Jelajah Masa Depan Pendidikan Negara,” katanya.

Perdana Menteri menyatakan demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, sektor pendidikan kekal sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan MADANI Kedua - gambar X
Menurut Perdana Menteri, sektor pendidikan kekal sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan MADANI Kedua - gambar X

Anwar berkata, sektor pendidikan kekal sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan MADANI Kedua. 

Katanya, kerajaan memperuntukkan RM58.7 bilion berbanding RM55.2 bilion tahun ini.

RM1.9 bilion daripada jumlah itu jelasnya, dikhususkan untuk menaik taraf dan menyelenggara semua sekolah di seluruh negara.

“Ini merangkumi RM930 juta bagi kerja-kerja naik taraf bangunan dan prasarana daif di 450 sekolah,  merangkumi 185 projek di Sarawak dan 155 di Sabah.

“Sebanyak RM1 bilion pula adalah untuk penyelenggaraan di semua jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah agama,
sekolah Tamil dan Cina termasuk sekolah pendidikan khas dengan memberi tumpuan kepada keperluan pelajar autisme,” katanya. 

Jelas Perdana Menteri, sebanyak 26 buah sekolah baharu akan mula dibina dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM2.5 bilion.

Ia merangkumi pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laya-Laya di Tuaran Sabah, SMK Baie, Bintulu, Sarawak; SMK Seri Melati, Kuantan, Pahang; SMK Bandar Universiti, Bandar Seri Iskandar, Perak dan SMK Binjai, Kota Bharu, Kelantan.

“Mulai tahun hadapan, Kerajaan bersetuju meluaskan kriteria pendapatan ibu bapa bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) RM2,589 berbanding RM1,500 sebelum ini. 

“Perluasan syarat ini akan memberi peluang kepada tambahan 35 ribu lagi anak bangsa daripada keluarga kurang mampu untuk mendapat BKP,” katanya. 

Kerajaan memperuntukkan RM930 juta bagi kerja-kerja naik taraf bangunan dan prasarana daif di 450 sekolah - gambar fail
Kerajaan memperuntukkan RM930 juta bagi kerja-kerja naik taraf bangunan dan prasarana daif di 450 sekolah - gambar fail

Anwar berkata, kerajaan juga bersetuju memperluas pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid sehingga tingkatan tiga berbanding tingkatan satu sebelum ini.

“Ini bagi memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir daripada pendidikan,” katanya.

Beliau memberitahu, sejuta murid bakal menerima manfaat ini dengan peruntukan RM150 juta.

“Kementerian Pendidikan telah merekodkan penurunan penyertaan murid menengah atas dalam aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik (STEM) kepada 40.94 peratus tahun 2022 ketimbang 45.2 peratus tahun 2017.

“Bagi memperkasa STEM, sebuah Jawatankuasa Khas STEM rentas kementerian akan ditubuhkan antaranya untuk menetapkan sasaran serta langkah bagi meningkatkan penyertaan bidang STEM dalam kalangan pelajar sekolah menengah,” katanya.

Perdana Menteri menarik perhatian, kerajaan menyediakan RM100 juta untuk menyelenggara dan menaik taraf makmal komputer sekolah dan memperoleh peralatan baharu untuk pembelajaran STEM. 

“Wakil industri juga akan turut terlibat sebagai tenaga pengajar dan membekalkan peralatan dalam meningkatkan minat murid mempelajari STEM.

“Kerajaan juga akan terus memperkasa dan melindungi kesejahteraan murid berkeperluan khas dan ia mencakupi pembinaan 18 blok baharu pendidikan khas dengan kos RM180 juta,” katanya.

Ia antara lain jelas Perdana Menteri, melibatkan SMK Kubang Rotan, Kedah; Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Perda, Pulau Pinang dan SMK Dato’ Ali Ahmad, Perlis.

“RM30 juta juga disediakan untuk membekalkan peralatan sokongan pendidikan khas dan menyediakan kemudahan
mesra OKU bagi memudahkan urusan murid dan guru di sekolah.

“Penerapan Karamah Insaniah dalam kalangan murid sekolah akan diperluas untuk melaksanakan program pembentukan karakter
murid yang menumpukan kepada nilai kepimpinan, sahsiah diri, adab dan integriti,” katanya. - Getaran, 13 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

2

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

4

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Kantin Sekolah Dibuka Untuk Pelajar Bukan Islam - Fadhlina

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini