web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Insentif RM2,000 Tanda Iktiraf Khidmat Penjawat Awam - PM

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2023 12:14PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu. gambar FB Parlimen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 Jumaat lalu, adalah pengiktirafan terhadap khidmat penjawat awam sementara menunggu Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) siap, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, insentif itu ialah isyarat bahawa kerajaan memberi perhatian serius terhadap kadar upah 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

“Tidak munasabah untuk harapkan prestasi meningkat, produktiviti tinggi, tetapi kadar upah tidak meningkat.

“Kalau kita tengok kajian DOSM (Jabatan Perangkaan), tahap produktiviti ada peningkatan, tetapi kadar upah peningkatannya sederhana. Jadi ia tidak berikan suatu galakan,” katanya pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Oktober di sini, hari ini.

Anwar berharap langkah sama turut dilaksanakan oleh majikan sektor swasta dengan mengambil kira faktor ekonomi semasa.

Berhubung dengan SSPA, Anwar mahu ia disiapkan sebelum pertengahan tahun depan untuk membolehkan hasil kajian sistem itu dikongsikan dalam pembentangan Belanjawan 2025.

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat mengumumkan bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam berjumlah RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Belanjawan 2024 itu turut memberi tumpuan kepada sektor pendidikan, kesihatan dan prasarana asas rakyat walaupun negara berhadapan dengan situasi kekangan kewangan.

“Kalau kita terlalu terikat dengan kekangan kewangan, ini akan sengsarakan rakyat. Bagi saya kalau soal pendidikan, kesihatan rakyat umumnya, itu tidak boleh dikorbankan,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan sedang meneliti langkah-langkah yang boleh diperbaiki dalam Belanjawan 2024.

“Apa pun ikhtiar manusia, kita lakukan sebaiknya, tetapi apa (sahaja) langkah baharu yang perlu diperbaiki, kita akan perbaiki,” katanya.

Beliau berkata, Belanjawan 2024 setebal 114 muka surat itu adalah hasil kerja berpasukan yang disiapkan bagi merencanakan perancangan belanjawan negara.

“Belanjawan ini namanya (dibentangkan) Menteri Kewangan, tetapi ia kerja pasukan. TPM (Timbalan Perdana Menteri) mengetuai beberapa pasukan jawatankuasa Kabinet. KSN (Ketua Setiausaha Negara) mengepalai jentera perkhidmatan awam, dan semua kementerian serta jabatan diminta memberikan input,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut memuji komitmen penjawat awam di semua kementerian atas kejayaan memastikan semua agenda yang sudah direncanakan kerajaan dilaksanakan sebaik mungkin.

Katanya, kejayaan itu adalah berdasarkan komitmen, iltizam, tekad serta keikhlasan dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

“Contoh, siapa sangka lebih 8,600 tandas boleh kita selesaikan dalam masa beberapa bulan. Hal yang tertangguh puluhan tahun boleh diselesaikan dalam masa lima hingga enam bulan,” katanya dan menambah semangat sedemikian mampu mengangkat martabat negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

DUN Johor, MB Ucap Tahniah Pelantikan Sultan Johor Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Belanjawan 2024: Peruntukan Tinggi Kepada Sabah, Sarawak Atasi Kesenjangan Dengan Semenanjung - PM

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Belanjawan 2024 Peruntuk RM788.13 Juta Untuk Bantuan Awal Persekolahan - KPM

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Belanjawan 2024: Malaysia Rekod Penutupan Sekolah Tertinggi Ketika COVID-19 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini