web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beriani Johor, Zapin Akan Dicalon Warisan Tidak Ketara UNESCO

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Oct 2023 6:03PM

(Dari, Kiri) Nabillah Umairah Abu Bakar, 22, Iryndeana Alysha Abdullah, 19, Avyanna Roxen Junita, 27 dan Nurin Nadrah Abdul Razak, 21, menunjukkan Juadah Nasi Beriani Johor pada pelancaran Beriani Johor sebagai Makanan Warisan Johor di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri sedang berusaha mencalonkan sajian beriani Johor dan tarian zapin sebagai Warisan Tidak Ketara di bawah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pengarah Yayasan Warisan Johor (YWJ), Sharil Nizam Abdul Rahim berkata, pihaknya yakin kedua-dua warisan negeri itu mampu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh UNESCO bagi mendapatkan pengiktirafan tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata, usaha bagi mewartakan beriani Johor dan tarian zapin perlu melalui pelbagai proses serta peringkat.

“Syarat dan kriteria di bawah UNESCO untuk mewartakan warisan ini adalah ketat, selain perlu melalui pelbagai proses dan peringkat termasuk membuat pembentangan, mendapatkan bantuan pakar dan sebagainya.

“Proses ke arah usaha mewartakannya juga akan mengambil masa, mungkin dalam empat hingga lima tahun,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran beriani Johor sebagai Makanan Warisan Johor di sini, hari ini.

Sharil Nizam menjelaskan peranan beriani Johor misalnya, signifikan dengan hubungan sejarah antara Johor dan negara lain seperti India serta Parsi yang dihubungkan menerusi perdagangan rempah ratus dan diplomatik. 

Beliau berkata, faktor itu sekali gus mempengaruhi budaya makanan di negeri ini yang berkesinambungan hingga ke hari ini.

Menurutnya, sajian beriani Johor mempunyai keunikan kerana mempunyai dua jenis iaitu beriani biasa dan beriani gam yang dihidangkan bersama lauk iringan seperti telur pindang dan garam berlada, selain acar.

“Kalau beriani Johor, menu yang kena ada contohnya telur pindang dan garam lada, di negara atau negeri lain tidak ada (beriani dimakan bersama telur pindang dan garam lada). Jadi, ini yang membezakan beriani kita dengan yang lain,” katanya.

Beliau berkata, tarian zapin pula yang popular di negeri ini, dipersembahkan di pelbagai majlis. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Budaya 9 bulan yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

2

Luar Negara 10 bulan yang lalu

Kementerian Luar Palestin Sambut Baik Draf Resolusi UNESCO Mengenai Gaza

3

Pendidikan 10 bulan yang lalu

Fadlina Ketuai Delegasi Malaysia Ke Persidangan Agung UNESCO Di Paris

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tasik Chini Kekal Status Rizab Biosfera UNESCO - Nik Nazmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini