web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kurangkan Beban Rakyat Palestin, Selangor Sumbang RM1 Juta Untuk AAKRP

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2023 9:09PM

Poster sumbangan oleh Kerajaan Selangor kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang dikongsi FB Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang diseliakan oleh Kementerian Luar terus menerima sumbangan demi membantu penduduk Palestin.

Terbaru, AAKRP menerima sumbangan RM1 juta sebagai langkah mengurangkan kedukaan dan kesengsaraan rakyat Palestin.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan tersebut diharapkan menjadi sebahagian daripada usaha kolektif masyarakat dan negara seluruh dunia bagi mengangkat prinsip keadilan dan menentang keganasan.

“Sejak 9 Oktober, kesengsaraan angkara rejim yang ingin melenyapkan populasi yang tidak mampu mempertahankan diri serta melanggar undang-undang antarabangsa, tindakan yang korup dari segi prinsip dan moral ini telah menyebabkan sehingga 4,000 nyawa rakyat Palestin terkorban sehingga hari ini.

"Pada ketika ini, seluruh komuniti antarabangsa mempunyai tanggungjawab untuk mengetepikan segala perbezaan, menyokong gencatan serangan, dan memberikan laluan supaya bantuan kemanusiaan dapat disegerakan secara selamat ke Semenanjung Gaza kepada mangsa terutamanya wanita, kanak-kanak, dan warga emas,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menerusi hantaran di Facebook semalam memberitahu, kutipan AAKRP telah mencecah RM81 juta.

Jelas beliau, kutipan besar dalam tempoh masa singkat itu membuktikan soladiriti Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Sekalung penghargaan diucapkan kepada syarikat berkaitan kerajaan, swasta dan syarikat bukan Islam.

“Pastinya, tabung ini akan disalur terus untuk perubatan, makanan, minuman serta kemudahan asas untuk rakyat Palestin yang terjejas ketika ini,” katanya. - Getaran, 20 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Selangor Sasar Noktah Miskin Tegar Julai Ini - MB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Bekalan Beras Putih Tempatan Di Selangor Cukup Hingga Akhir Bulan Ini

3

Politik 1 tahun yang lalu

Bakal Menghadap Sultan Petang Ini, Amirudin Kekal MB Selangor?

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Selangor Selamat Tiba Di Tanah Air Selepas Jalani Prosedur Perubatan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi