web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Tiba Di Turkiye, Bakal Bertemu Erdogan Hari Ini

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2023 8:57AM

Perdana Menteri (tengah) tiba di Turkiye untuk lawatan kerja dua hari - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini malam tadi untuk lawatan kerja dua hari ke Turkiye dan dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan, hari ini.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 10.45 malam waktu tempatan (jam 3.45 pagi Ahad waktu Malaysia)

Beliau diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal, Menteri Penasihat dari Kedutaan Besar Malaysia di Ankara Clara Soon May Lynn dan Ahmad Hashim Mahmood, serta Atase Pertahanan Malaysia Kol Mohd Edafi Daud.

Menyambut ketibaan bagi pihak Turkiye ialah Timbalan Gabenor Istanbul Şevket Atlı, Komander Gendermarie Kol Mesut Maden dan Ketua Jabatan Pejabat Kementerian Luar Istanbul Mehmet Zait Uzun. 

Antara topik yang dijadual dibincangkan dengan Erdogan ialah mengenai kebimbangan isu Israel-Palestin yang semakin meningkat.

Pertempuran di Palestin baru-baru ini yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel telah mengakibatkan ribuan nyawa di kedua-dua belah pihak terkorban sejak 7 Oktober.

Selepas pertemuannya dengan Presiden Erdogan, Anwar dijadual ke Kaherah, Mesir untuk bertemu Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi dan berbincang mengenai pembukaan laluan sempadan Rafah untuk membolehkan penyaluran bantuan makanan, minuman dan perubatan ke Palestin.

Sempadan Rafah terletak di antara Mesir dan Genting Gaza, Palestin.

Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan lawatan kerja ke Turkiye dan Mesir mencerminkan komitmen Malaysia yang tidak berbelah bahagi mengenai isu Palestin khususnya bagi meringankan penderitaan dan kesengsaraan dialami rakyat Palestin akibat krisis di Semenanjung Gaza yang masih berterusan.

Anwar baru sahaja menamatkan lawatan kerja dua harinya ke Riyadh bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang diadakan buat pertama kali sejak kedua-dua blok serantau itu menjalin hubungan pada 1990. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang