web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Muktamar Dah Habis, PAS Bila Nak Bayaq Hutang?’ 

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2023 8:07PM

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69 hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas lebih empat tahun dilaporkan, kes tunggakan hutang Harakah iaitu lidah rasmi PAS dengan pihak pencetak sekali lagi tersebar.

Dilaporkan oleh Malaysiakini, portal berkenaan memetik kenyataan Pengurus N.A.J Press Resources (M) Sdn Bhd, Hussin Jan yang geram dengan sikap liat pengurusan parti terbabit dalam menyelesaikan tunggakan hutang.

Lapor portal berkenaan, Hussin berang dengan barisan kepemimpinan parti yang bermewah-mewah tetapi gagal mengambil tanggungjawab membayar hutang.

Pengurus N.A.J Press Resources (M) Sdn Bhd, Hussin Jan.
Pengurus N.A.J Press Resources (M) Sdn Bhd, Hussin Jan.

"Mereka pakai kereta mewah, boleh buat Muktamar di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam dengan bayaran sudah tentu mencecah puluhan ribu ringgit. Tetapi soal hutang mereka tak ambil berat untuk diselesaikan.

"Sudah hampir tujuh tahun hutang tertunggak tak dibayar sepenuhnya," katanya, seperti dipetik Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu, Hussin menerusi hantaran di Facebook berkata, hari terakhir Muktamar PAS yang bertemakan 'PAS Adil, Prihatin dan Berkebajikan' perlu disempurnakan pengertiannya.

“Hari ni hari terakhir muktamar Pas. Tema muktamar Pas Adil ,Prihatin dan Berkebajikan. Sedap bunyinya.

“Di penghujung usia ni selaku Presiden Parti bertanggung jawab sepenuhnya ke atas lidah rasmi parti yang tidak melangsaikan hutang cetak kepada pencetak.

“Jangan pandai berhukum hakam macam-macam dengan nama Islam tapi liat nak jelaskan hutang, ketepikan hukum Islam dan gunakan hukum kapiaq (kafir) sebagai keutamaan,” sindirnya, tajam.

Walaupun tidak menamakan sesiapa, namun perkataan Presiden parti itu jelas merujuk kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang yang berjaya mengekalkan kedudukan sebagai presiden buat kesekian kali.

Dalam satu hantaran lain, Hussin berkata, PAS seharusnya mengutamakan perkara yang lebih wajib iaitu melunaskan hutang, berbanding memungut derma untuk disumbangkan ke tempat lain, termasuk Palestin.

“Saya nak bagi tau kat perwakilan Pas ni dan walaunta nak sayang dan kesian kat orang Palestine silakan.

“Tapi bab hutang cetak yang bertapok ada hang pa (kamu) kesian (kasihan) ? Nak mati syahid macam mana kalau hutang tak mau bayaq (bayar)? Pakat2 kutip duit bayaq hutang dulu baru derma kat tempat lain,” katanya. 

Untuk info, hutang Harakah itu selain N.A.J Press Resources, ia turut melibatkan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd (Angkatan Edaran). - Getaran, 22 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Mahkamah Arahkan Jovian Mandagie Jelaskan Hutang RM10 Juta

2

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

4

Politik 6 bulan yang lalu

Falasi Hadi Awang Memudaratkan Negara, Beri Imej Buruk Pada Sistem Kehakiman - Mujahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang