web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia - Turkiye Sedia Kerjasama Noktahkan Penindasan Palestin - Anwar

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2023 11:12AM

Anwar Ibrahim bersama Recep Tayyip Erdogan di hadapan Istana Presiden di Istanbul - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia sedia bekerjasama dengan Turkiye dan negara lain yang sehaluan bagi menoktahkan penindasan ke atas warga Palestin. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tetap tidak akan berganjak dari pendirian dalam mengutuk sikap hipokrit negara-negara Barat melibatkan isu Palestin. 

Menurut beliau, ketetapan itu disuarakan menerusi pertemuan dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Istana Presiden di Istanbul semalam.

Perdana Menteri berkata, pertemuan selama dua jam pada hari terakhir lawatan beliau ke Turkiye itu memberi tumpuan besar kepada permasalahan kemanusiaan yang merenggut warga Palestin.

“Kami menyentuh secara panjang lebar dan terperinci mengenai hak warga Gaza yang terus dinafi oleh Israel. 

“Babak ini tentunya mengesankan tidak hanya Palestin, tetapi juga rantau Timur Tengah (Asia Barat) dan dunia tatkala perkembangan di sana tidak semakin baik malah memburuk dengan tindakan rakus Israel,” katanya.

Pertemuan Perdana Menteri dan Presiden Turkiye berlangsung selama dua jam - gambar PMO
Pertemuan Perdana Menteri dan Presiden Turkiye berlangsung selama dua jam - gambar PMO

Selaras dengan itu tegas Anwar, perbincangan terbabit turut menyentuh aspek keselamatan dan pertahanan.

“Kami turut sependapat dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai bidang termasuk dalam ekosistem pertahanan. 

“Malaysia menyambut baik pembukaan koridor kemanusiaan di pintu masuk Rafah-Semenanjung Gaza sejak semalam,” katanyq.

Turkiye adalah negara kedua dilawati Perdana Menteri, selepas menghadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh, Arab Saudi.

Anwar kini berada di Kaherah, Mesir untuk lawatan kerja, juga selama dua hari. 

Beliau dijadual menghadap Presiden Mesir, Abdel Fattah El Sisi di Istana Al Ittihadiya hari ini.

Perdana Menteri turut dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Imam Besar Al Azhar, Sheikh Ahmed el Tayeb sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. - Getaran, 23 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka