web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hanya 80 Aduan Berkaitan Nombor Telefon Kitar Semula Diterima Sejak 2012 

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 12:30PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya 80 aduan diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkaitan isu penggunaan nombor telefon kitar semula sejak 2021, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, ia bersamaan dengan 0.0016 peratus daripada keseluruhan pengguna perkhidmatan mudah alih di negara ini yang mencecah 49.4 juta pengguna setakat suku kedua tahun ini.

“Penggunaan nombor kitar semula ini merupakan satu dasar sedia ada di bawah Rancangan Pengurusan Penomboran dan Pengalamatan Elektronik (NEAP) 2023 bagi memastikan setiap nombor diuntukkan diguna pakai dengan berhemat, cermat dan mengelakkan pembaziran.

“Biarpun jumlah aduan ini kecil, namun kementerian melalui MCMC dari semasa ke semasa menambah baik prosedur sedia ada bagi memastikan keselesaan pengguna perkhidmatan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Fahmi berkata demikian bagi menjawab soalan Rodziah Ismail (PH-Ampang) yang meminta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan kemungkinan menetapkan dasar membatalkan terus nombor kitar semula demi menjamin keselamatan pengguna.

Menurut Fahmi, bagi menangani dan mengurangkan risiko berkaitan panggilan kepada pengguna nombor lama, nombor-nombor yang telah tidak aktif akan memasuki tempoh kuarantin atau cooling off period selama sekurang-kurangnya enam bulan sebelum boleh digunakan semula.

Beliau berkata, amalan mengguna semua nombor telefon lama dan tempoh kuarantin ini juga digunakan di negara lain seperti di Amerika Syarikat (45 hari), Australia (enam bulan) dan Singapura (90 hari).

“Walaupun langkah mengurangkan masalah dan risiko telah dilakukan, MCMC tidak dapat menegah bank atau sebarang perkhidmatan daripada menyimpan data peribadi pelanggannya untuk tempoh yang lama.

“Oleh itu, dalam menangani perkara ini, pengguna baharu juga harus cakna untuk menyekat nombor telefon dengan menggunakan fungsi sedia ada yang terdapat dalam telefon mudah alih,” katanya.

Fahmi berkata, jika terdapat panggilan yang mengancam keselamatan pengguna baharu atau berdepan jenayah penipuan, pengguna disaran melakukan laporan polis dan melaporkannya ke talian bantuan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) iaitu 997.  

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim-Bandar Baharu) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk melanjutkan operasi NSRC kepada 24 jam bagi memudahkan pelaporan mangsa, Fahmi berkata, kementerian akan meneliti segala cara bagi menambah baik akses orang awam untuk menyalurkan aduan mengenai masalah dihadapi mereka.

“Ketika ini NSRC masih beroperasi seawal jam 8 pagi hingga 8 malam, namun 13 Oktober lalu dah terima suntikan tambahan dana, jadi kita akan usaha tambah baik perkhidmatan,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

3

Semasa 5 bulan yang lalu

MCMC Rakam Keterangan Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo Esok

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Fahmi Arah MCMC Ambil Tindakan Terhadap Pengguna TikTok Sebar Video Berbaur Fitnah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah