web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kandungan Palestin Disekat, KKD Temui TikTok Esok - Fahmi

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Oct 2023 11:05AM

Fahmi Fadzil - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan pertemuan dengan pengendali aplikasi Tiktok berhubung isu kandungan membabitkan konflik Palestin-Israel yang didakwa disekat di platform itu, esok. 

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata pertemuan tersebut akan diadakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan syarikat induk Tiktok.

"Saya lihat Tiktok sudah mula 'cuak' kerana kita akan bertemu dengan syarikat induk mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan kerajaan ke atas dakwaan pengguna media sosial bahawa kandungan yang dihasilkan mereka yang mempunyai perkataan seperti Hamas dan beberapa perkataan lain, diturunkan secara automatik oleh pihak Tiktok.

Sementara itu, mengulas mengenai program hari ini, beliau berkata kehadiran yang memberangsangkan dengan lebih 15,000 orang adalah tanda betapa teguhnya sokongan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin.

"Kehadiran yang baik ini saya harap akan jadi pencetus dan memberi semangat kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Fahmi turut mengingatkan semua yang ingin memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin agar  memastikan dan mengesahkan sumbangan kepada agensi ataupun badan yang diikitiraf.

"Kita risau tindakan pihak scammer atau pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk meraih dana dan kita tidak tahu dana itu pergi ke mana," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi