web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Simulasi Memancing Data Tingkat Kesedaran Keselamatan Siber, Ancaman Penipuan 

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 5:07PM

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (dua, kiri) dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya diberikan penerangan mengenai jenayah siber oleh Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Inspektor Roslinah Masangkir selepas perasmian program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 peringkat Negeri Sabah di Universiti Malaysia Sabah hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mencadangkan supaya satu simulasi phishing (memancing data) dilaksanakan sebagai antara langkah proaktif bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai keselamatan siber dan ancaman scam.

Beliau berkata, ini penting memandangkan kes jenayah scam dan penipuan dalam talian masih lagi tinggi, sekali gus menjadi masalah serius di negara ini, dengan golongan usia antara 17 hingga 40 tahun paling ramai menjadi mangsa.

"Saya akan bincang dengan beberapa pihak dalam Gabungan Bertindak Anti-Scam (GBAS) untuk kita laksanakan seawal mungkin. Ini akan membantu untuk meningkatkan kesedaran (mengenai keselamatan siber dan ancaman scam).

"Isunya adalah apabila kita bercakap mengenai satu bentuk scam, mungkin minggu depan atau petang ini (akan) direncana scam baharu (oleh penjenayah siber). Ini antara kekangan kita kerana mereka terlalu kreatif.

"Justeru, kami sedang teliti daripada beberapa aspek. Saya berpandangan, bergantung harap kepada siri jelajah (bagi meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan siber dan ancaman scam) sahaja belum mencukupi (dan) boleh dirancakkan dengan beberapa cara lain," katanya.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 peringkat Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, hari ini.

Program dua hari berakhir esok itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Shahelmey Yahya yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ia adalah program anjuran bersama CyberSecurity Malaysia dan CelcomDigi dengan kerjasama GBAS serta sokongan Kementerian Komunikasi dan Digital bagi memberi pengetahuan kepada masyarakat mengenai jenis jenayah scam, modus operandi terkini serta tips amalan terbaik untuk mengelakkan diri daripada mudah terpedaya dan menjadi mangsa.

Sabah adalah negeri keempat siri jelajah itu selepas Selangor/Kuala Lumpur, Perlis serta Sarawak, dan ia akan turut diadakan di Kelantan, Johor sebelum dijangka berakhir di Putrajaya.

Terdahulu, Fahmi ketika berucap berkata, pusat tindak balas insiden keselamatan siber Cyber999 kendalian CyberSecurity Malaysia merekodkan sebanyak 4,381 insiden keselamatan siber bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

"Sebanyak 2,788 insiden atau 64 peratus daripadanya adalah berkaitan penipuan dalam talian.

"Oleh itu, pelbagai usaha, inisiatif serta kempen berkaitan dengan scam dan penipuan dalam talian perlu dipergiat dan diperluaskan kepada seluruh lapisan masyarakat dengan pendekatan lebih kreatif dan komprehensif," katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan menerusi Belanjawan 2024 bagi meningkatkan usaha membanteras jenayah scam.

"Ini sekali gus membuktikan Kerajaan Perpaduan amat mengambil berat berhubung isu penipuan dalam talian dan akan terus berusaha memantapkan lagi keselamatan siber," katanya, sambil menambah, rakyat juga perlu meningkatkan kesedaran mengenai isu itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad