web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Denggi Di Ipoh Naik 265 Peratus, Musim Hujan Berterusan Antara Faktor

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2023 1:11PM

Hujan berterusan antara faktor peningkatan kes denggi di Ipoh. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Musim hujan berterusan adalah antara faktor pertambahan pembiakan nyamuk aedes, sekali gus menjurus kepada peningkatan kes denggi hingga 265 peratus di Ipoh pada September hingga Oktober ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, setakat 21 Oktober (minggu Epid: 42/2023), sebanyak 1,504 kes dilaporkan berbanding 412 kes bagi tempoh sama tahun lalu, bagaimanapun tiada kes kematian dilaporkan.

“Setakat 28 Oktober, sebanyak 14 lokaliti wabak terkawal dan tiga lokaliti wabak tidak terkawal telah dilaporkan, manakala lima lagi telah menjadi lokaliti hot spot,” katanya dalam ucapan bersempena dengan Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Bulan Oktober 2023 di sini, hari ini.

Justeru, Rumaizi menasihati warga bandar raya itu supaya terus mengambil langkah pencegahan dan kawalan denggi dengan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam dan luar persekitaran rumah.

Sementara itu, beliau berkata, MBI menawarkan hadiah menarik dengan jumlah keseluruhan bernilai RM99,000 untuk Cabutan Bertuah Tahun 2024 bagi warga Ipoh yang membuat bayaran cukai taksiran setahun tanpa tunggakan di mana-mana saluran pembayaran MBI.

Rumaizi berkata, pembayar cukai juga boleh memuat turun aplikasi DMBI serta mendaftar sebagai pengguna bagi melayakkan diri untuk menyertai cabutan itu yang menawarkan 30 hadiah utama iaitu sebuah kereta Perodua Axia, empat motosikal, 10 barangan kelengkapan rumah/barangan digital dan 15 hadiah wang tunai.

“Sejumlah 20,000 unit ganjaran iaitu rebat wang tunai sebanyak RM3 bagi bayaran satu penggal dan RM5 bayaran setahun juga ditawarkan dan pengguna boleh membuat bayaran awal bagi bil cukai taksiran 2024 mulai 10 November ini,” katanya. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Kilang Ubat Di Ipoh Musnah Terbakar

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Denggi: Simptom Serius Boleh Membawa Maut

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 15 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi