web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Op Patuh: Lebih 1,100 Saman Dikeluarkan Terhadap Pengguna Jalan Raya

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2023 10:15AM

Pengarah Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan dan Timbalan Ketua Polis KL, Datuk Azry Akmar Ayob memeriksa pelbagai kenderaan dalam Ops Patuh bersepadu JPJ bersama JSPT di Plaza Tol Batu, Kuala Lumpur, malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,146 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan dalam Op Patuh Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dan beberapa agensi lain di Plaza Tol Batu di sini dan Plaza Tol Sungai Ramal, Kajang semalam.

Di Plaza Tol Batu, 615 saman dikeluarkan, manakala 2,516 kenderaan diperiksa dalam operasi yang memfokuskan kepada peningkatan tahap pematuhan piawaian teknikal dan keselamatan kenderaan bermula jam 8.30 malam hingga 12.01 tengah malam tadi.

Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, antara kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya adalah tidak mempunyai lesen memandu (203), tiada cukai jalan atau telah tamat tempoh (107) dan kesalahan melibatkan nombor pendaftaran (66).

"Nombor pendaftaran fancy adalahn kesalahan yang serius kerana apabila berlaku kemalangan, kita sukar untuk mengesan pemilik kenderaan, selain mengganggu siasatan serta mungkin berlaku kesilapan dalam menyalurkan maklumat," katanya pada sidang media selepas hadir ke Op Patuh, di sini.

Sementara itu, Lokman berkata, bagi tempoh 1 hingga 7 November, menerusi Op Patuh Bersepadu yang dijalankan di seluruh negara, JPJ telah memeriksa sebanyak 128,489 kenderaan.

"Daripada pemeriksaan sepanjang tempoh berkenaan, JPJ mengeluarkan 25,526 saman pelbagai kesalahan dan kegagalan mematuhi peraturan keselamatan jalan raya yang ditetapkan dan ini menunjukkan tahap kepatuhan pengguna jalan raya masih dipertikaikan.

"Antara tiga kesalahan utama adalah tidak mempunyai lesen memandu (6,636), kesalahan teknikal seperti mengubah suai kenderaan (5,052) dan lesen memandu tamat tempoh (4,701)," katanya.

Dalam operasi di Plaza Tol Sungai Ramal pula, JPJ mengeluarkan 531 saman atas pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai lesen memandu (126), tiada cukai jalan atau telah tamat tempoh (53) dan tidak mempunyai lesen kenderaan barangan (29).

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan yang menyertai Op Patuh itu berkata, seorang pemandu bas persiaran yang membawa 40 penumpang dari Serdang ke Kajang dikesan tidak memiliki Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

Lelaki berumur 22 tahun itu ketika ditemui mengakui hanya memiliki lesen motosikal dan dipercayai memandu bas terbabit bagi menggantikan abangnya pada malam itu dengan kadar bayaran upah kira-kira RM30 bagi satu perjalanan.

"Saya selalu ikut abang bawa bas dan kadang-kadang dia bagi saya pandu kalau bas kosong sewaktu (perjalanan) balik," katanya ketika ditemui media dalam Op Patuh semalam.

Azrin berkata, bas persiaran berkenaan disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

2

Semasa 4 bulan yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

3

Semasa 5 bulan yang lalu

JPJ Kesan Lebih 16,000 Kes Pandu Lebih Had Laju Menerusi Ops Khas HRA 2024

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Bantu Warga Emas, Tabiklah Kat Abang Trafik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi