web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Video Tular : Polis Sahkan Terima Laporan Mohammad Agus

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Nov 2023 8:15AM

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff (kiri) dan Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani pada sidang media di Bangi, malam tadi - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia sudah menerima laporan berhubung video tular yang memaparkan rakaman perbualan lucah yang dikaitkan dengan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dengan seorang pegawainya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan itu dibuat Mohammad Agus di Balai Polis Kajang pagi semalam.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada BERNAMA ketika dihubungi malam tadi.

Hussein berkata, pihaknya akan memanggil beberapa individu dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.

Mohammad Agus pada sidang medianya di sebuah hotel di Bangi dekat sini hari ini, mendakwa video itu disunting dan Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Polis Akan Rakam Keterangan Mr H

2

Politik 10 bulan yang lalu

Nak Edit Video? Semua Boleh Dengan AI!

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Mohammad Agus Sahkan Hantar Surat Letak Jawatan Ketua Pengarah J-Kom

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jelajah Ikon MADANI Bukan Untuk Berpolitik - Mohammad Agus

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 13 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'