web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Emel Ancaman Bom Pernah Dikesan Di Jamaica - KPN

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 8:20PM

Razarudin Husain - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Emel mengandungi ancaman bom yang diterima beberapa sekolah seluruh negara hari ini didapati menyamai kandungan emel diterima 70 sekolah di Jamaica pada 12 November lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, emel berkenaan dihantar melalui penyedia perkhidmatan yang sama.

Menurut beliau, emel asal menggunakan bahasa Inggeris, tetapi diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia, menggunakan aplikasi penterjemah.

“Siasatan menunjukkan kedua-dua alamat emel yang digunakan bagi menghantar ancaman baru sahaja dicipta dan tidak pernah digunakan di mana-mana servis internet.

“Siasatan turut menjurus sama ada insiden di Malaysia ini mempunyai kaitan dengan kejadian di Jamaica, yang dipercayai didalangi seorang individu bermasalah,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas ancaman bom yang diterima beberapa sekolah, termasuk sekolah antarabangsa dan swasta seluruh negara, hari ini.

Dalang emel ancaman bom di Jamaica itu dipercayai seorang yang bermasalah dan mungkin pernah didera - gambar hiasan
Dalang emel ancaman bom di Jamaica itu dipercayai seorang yang bermasalah dan mungkin pernah didera - gambar hiasan

Jelas Razarudin, individu berkenaan mungkin pernah didera ketika kanak-kanak dan kurang menerima perhatian daripada keluarga.

“Dia bagaimanapun  mempunyai kepakaran dalam bidang perisian komputer untuk melindungi identitinya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama,” katanya.

Beliau memberitahu, kes sama turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan lain-lain.

Terdahulu Razarudin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan menerima 19 laporan polis mengenai ancaman bom palsu di beberapa sekolah seluruh negara.

Ancaman tersebut katanya, dihantar melalui dua akaun emel menggunakan nama ‘Taktstorer’ yang membawa maksud ‘pengganggu ketenteraman’ dalam bahasa Jerman.

“Kedua-dua akaun berkenaan menggunakan penyedia perkhidmatan emel beeble.com.

“Pecahan laporan polis yang diterima adalah tujuh di Selangor, Kuala Lumpur (lima), Johor (tiga), Pulau Pinang (dua) dan masing-masing satu di Perak serta Negeri Sembilan,” katanya.

Razarudin berkata, PDRM dengan kerjasama semua sekolah terlibat telah mengambil tindakan segera dengan mengosongkan setiap premis, sebaik menerima laporan mengenai ancaman.

“Demi keselamatan, evakuasi pelajar ke lokasi selamat turut dijalankan dengan segera oleh pihak sekolah dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke lokasi-lokasi berkumpul seperti ditetapkan sekolah masing-masing, sebelum semua pelajar dibenarkan pulang.

“Pembersihan keselamatan bom juga telah dijalankan secara rapi oleh elemen PDRM di semua lokasi terlibat, namun tiada sebarang ancaman dikesan,” katanya.

Siasatan tambah Razarudin, mendapati ancaman tersebut adalah palsu.

“Tiada bukti kewujudan risiko bom di mana-mana sekolah seperti didakwa.

“PDRM memandang serius sebarang bentuk ancaman bom dan akan mengambil tindakan segera bagi menyiasat tanpa gagal, sekali gus memberi kepastian bahawa tahap keselamatan pelajar serta guru adalah terjamin di seluruh negara,” katanya. – Getaran, 21 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

2

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

4

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Kantin Sekolah Dibuka Untuk Pelajar Bukan Islam - Fadhlina

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad