web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DUN Johor, MB Ucap Tahniah Pelantikan Sultan Johor Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2023 12:02PM

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membentangkan Belanjawan Johor 2024 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, seluruh Ahli Dewan yakin akan kepimpinan baginda untuk menerajui Malaysia selaku Yang di-Pertuan Agong ke-17.

"Sebagai teras kepada pemerintahan Raja Berperlembagaan di negara ini, DUN Johor amat berkeyakinan dengan pentadbiran baginda dalam membawa Malaysia terus maju dengan kemakmuran dan perpaduan," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada hari pertama Mesyuarat Keempat (Belanjawan 2024) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, hari ini.

Turut menzahirkan ucapan tahniah, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi atas pelantikan baginda sebagai ketua negara.

"Terima kasih atas nasihat dan panduan diberikan bagi memastikan Johor mencapai matlamat Johor Maju 2030. Terima kasih juga kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tidak lekang memberi motivasi dan inspirasi dalam memacu kemajuan negeri ini,” katanya. 

Selain itu, Onn Hafiz (BN-Machap) turut mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) atas kejayaan menjulang Piala Sumbangsih, Piala FA dan juara Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut.

"Marilah kita juga berdoa supaya Piala Malaysia juga menjadi milik JDT," katanya semasa berucap pada persidangan DUN Johor sebelum memulakan pembentangan Belanjawan Johor 2024 hari ini.

Pada 27 Oktober lalu, Majlis Raja-Raja bersetuju melantik Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-263 yang diadakan di lstana Negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Belanjawan 2024: Peruntukan Tinggi Kepada Sabah, Sarawak Atasi Kesenjangan Dengan Semenanjung - PM

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Insentif RM2,000 Tanda Iktiraf Khidmat Penjawat Awam - PM

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Belanjawan 2024 Peruntuk RM788.13 Juta Untuk Bantuan Awal Persekolahan - KPM

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Belanjawan 2024: Malaysia Rekod Penutupan Sekolah Tertinggi Ketika COVID-19 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi