web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dikhuatiri Jatuh Dalam Longkang, Ibu Percaya Anak Masih Hidup

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 9:28PM

Mangsa disyaki terjatuh ke dalam longkang selebar 0.6 meter dan sedalam satu meter - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun hilang dan dikhuatiri terjatuh ke dalam longkang di Taman Goodwood, Bukit Palah di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.42 petang tadi sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.

“Menurut bapa mangsa, anak lelakinya berusia dua tahun disyaki terjatuh ke dalam longkang selebar 0.6 meter dan sedalam satu meter. Kerja mencari mangsa di sekitar kawasan kejadian dan di dalam longkang berkenaan masih dijalankan,” menurut pihak bomba. 

Sementara itu, ibu mangsa, Nor Amiza Che Kar, 28, berkata anak bongsunya Muhammad Danish Mohd Faizal, 2, hilang ketika dia dan suami sedang berniaga nasi kerabu di lokasi kejadian.

Beliau berkata mangsa sedang bermain dengan anak ketiganya berdekatan longkang tersebut yang dipenuhi air berikutan hujan lebat sejak tengah hari.

“Saya hanya sedar kehilangan Muhammad Danish kira-kira 3.30 petang. Saya tanya anak ketiga tetapi dia tak tahu keberadaan adiknya itu.

“Hanya seliparnya sahaja yang kelihatan di kawasan berumput berdekatan longkang tersebut. Saya dan suami, Mohd Faizal Maarop, 38, cuba cari selama 20 minit tapi Muhammad Danish gagal ditemukan,” katanya.

Beliau berkata Muhammad Danish memakai baju berwarna biru ketika kejadian dan keluarganya memohon bantuan orang ramai bagi mengesan anaknya itu.

“Saya percaya Danish masih hidup. Tolonglah kalau ada sesiapa terjumpa Danish yang memakai baju biru di mana-mana, pulangkanlah kepada saya.

“Kami langsung tidak menyangka tragedi ini akan berlaku ketika sedang mencari rezeki. Saya sudah berniaga di sini sejak tiga tahun lalu,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pempengaruh Boss Mario Hilang, Kereta Ditemukan Di Pantai Klebang

3

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kalau Jumpa Lebih Awal, Mesti Jasad Bella Masih Sempurna' - Kakak

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Bekas Komando Dilapor Hilang Ditemui Mati

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 13 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'