web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Zayn Rayyan Dipercayai Dibunuh Di Lokasi Lain Sebelum Mayat Diletakkan Di Anak Sungai

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 8:17AM

Jenazah kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai di Damansara Damai dekat sini, dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya diletakkan di anak sungai terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil bedah siasat semalam, mendapati kanak-kanak berusia enam tahun itu meninggal dunia dalam tempoh 48 jam sebelum mayatnya ditemukan.

"Mengambil kira daripada hasil bedah siasat, kita merumuskan mangsa tidak mati di tempat kejadian, mungkin mati di tempat lain dan diletakkan di situ (anak sungai) … yang pasti dia (Zayn Rayyan) bukan lemas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini, malam tadi.

Mohd Shuhaily berkata, hasil proses bedah siasat, selain kecederaan di leher dan badan mangsa, terdapat juga kecederaan mempertahankan diri.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati aliran anak sungai itu bukan laluan kebiasaan masyarakat setempat, namun tidak menolak kemungkinan suspek memahami selok-belok lokasi kejadian terbabit.

Katanya, siasatan akan diteruskan di lokasi kejadian bagi mencari bukti untuk menjejaki suspek dan setakat ini polis telah merakam keterangan daripada ibu bapa mangsa.

Beliau tidak menolak kemungkinan suspek dalam kejadian ini melibatkan individu yang tinggal di kawasan kejadian, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

"Pihak polis bersama masyarakat setempat selama dua hari telah melalui tempat sama, tidak menemukan mangsa tetapi dijumpai pada hari kedua lewat malam.

"Kita memandang serius kes ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkannya bagi membantu siasatan," kata beliau.

Mohd Shuhaily berkata, pada ketika ini, siasatan kematian Zayn Rayyan konsisten kepada kes bunuh.

Selepas dilaporkan hilang tengah hari Selasa di Damansara Damai, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya kira-kira 10 malam Rabu.

Mayat kanak-kanak lelaki itu dijumpai kumpulan penduduk yang turut membantu operasi mencari mangsa.

Mangsa ditemukan terbaring di sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Terdahulu, ibu Zayn Rayyan dilaporkan menyedari kehilangan anaknya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartmen itu kira-kira 12.30 tengah hari, sebelum kanak-kanak berkenaan dikatakan kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran Apartmen Idaman. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Cabaran Membesarkan Anak Autistik

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Jenazah ADUN Sungai Bakap Selamat Dikebumi

3

Rencana 5 bulan yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Anggota Polis Korban Bot Karam Kapit Selamat Dikebumi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad