web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penang Port Tawar Khidmat Sewa Feri Bagi Jana Pendapatan Baharu

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 1:08PM

Penumpang menikmati pemandangan indah pada majlis pra pelancaran Penang Bridge Sunset Cruise. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Penang Port Sdn Bhd merancang untuk menyewa salah satu ferinya kepada syarikat atau individu yang berminat sebagai usahanya bagi menjana aliran pendapatan baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Sasedharan Vasudevan berkata, syarikat itu melihat potensi besar dalam langkah terbaharu itu kerana ia telah menerima banyak pertanyaan daripada pihak-pihak yang berminat untuk mengadakan acara-acara persendirian.

"Ramai pihak yang bercakap dengan kami dan menunjukkan minat mereka untuk menyewa feri," katanya kepada pemberita pada majlis prapelancaran Bufet Sunset Cruise Jambatan Pulau Pinang di sini, semalam.

Tambahnya, pengendali pelabuhan itu kini mempunyai empat feri, dan hanya satu daripadanya akan dibuka untuk aktiviti penyewaan.

Dua feri lagi digunakan untuk operasi harian bagi membawa pejalan kaki dan kenderaan dua roda pada waktu bukan puncak, manakala feri ketiga akan digunakan pada waktu puncak.​

Mengulas mengenai Bufet Sunset Cruise Jambatan Pulau Pinang, beliau berkata, perkhidmatan itu akan bermula pada 16 Disember dan boleh menampung sehingga 100 orang bagi setiap pelayaran.

"Untuk perkhidmatan ini, Restoran Sea Queen menyewa feri kami setiap Sabtu dan Ahad bagi tujuan Bufet Sunset Cruise pada harga RM148 untuk dewasa dan RM68 bagi kanak-kanak.

"Ini adalah sesuatu yang berbeza, dan sasarannya adalah untuk mengadakan 80 hingga 100 pelayaran pada tahun pertama," tambahnya.​ - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penggiat Industri Pelancongan Gesa Perkhidmatan Feri Di Langkawi Dipertingkatkan

2

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Cermin Feri Pecah Dilanda Ombak

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tambang Feri Pulau Pinang Mula Dikuat Kuasa Esok

4

TARA 1 tahun yang lalu

Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Percuma Selama Sebulan Mulai 7 Ogos

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah