web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buruh Maut Ditimbus: CIDB Arah Henti Kerja Di Tapak Projek

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 10:30AM

Sebahagian daripada kenyataan CIDB yang dikongsi di FB rasminya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah mengarahkan kerja di tapak projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 4 di Lipis, dekat sini dihentikan, susulan kematian seorang buruh Indonesia akibat ditimbus tanah, Isnin lalu. 

Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Datuk Mohd Zaid Zakaria berkata, subkontraktor terlibat diarahkan menghentikan kerja penggalian sehingga kawalan mencukupi terhadap kerja itu dikemukakan kepada CIDB dan kontraktor mematuhi arahan keselamatan kerja penggalian tanah daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

"Siasatan awal CIDB mendapati subkontraktor terlibat tidak mengisytiharkan projek itu di sistem CIDB dan tiga pekerja binaan termasuk mangsa yang maut tidak mempunyai perakuan pendaftaran personel binaan CIDB, manakala seorang lagi mempunyai perakuan pendaftaran tamat tempoh. 

"Selain itu, penyelia tapak binaan bagi projek itu juga didapati tidak diakreditasi sebagai Penyelia Tapak Bina," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Mohd Zaid berkata, siasatan terhadap insiden itu dijalankan mengikut Seksyen 34B (1) Akta CIDB (Akta 520) berkaitan kewajipan kontraktor yang antara lain mengemukakan maklumat berhubung kerja pembinaan, memastikan keselamatan dan memastikan kerja dijalankan mengikut peruntukan Akta CIDB. 

Seksyen 34D pula menyatakan kematian yang disebabkan oleh pelanggaran kewajipan oleh kontraktor, boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Bagi kegagalan mematuhi keperluan memiliki perakuan personel pembinaan, individu terlibat boleh didenda tidak melebihi RM5,000 seorang. 

Pada Isnin, polis mengesahkan Khairul Anam, 28, dari Jawa Timur maut selepas ditimbus tanah menggelongsor ketika mengukur kedalaman longkang yang baru digali di tapak projek yang terletak di Kampung Berembang, Kuala Lipis. 

Mangsa difahamkan baru lima bulan bekerja dengan syarikat subkontraktor bagi kerja pembinaan laluan itu. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

KKR Mahu Laporan Terperinci Insiden Buruh Maut Di CSR, Kuala Lipis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tetapkan Harga Tiket Penerbangan Musim Perayaan Sabah, Sarawak Berasaskan CSR - Ahmad Zahid

3

Semasa 1 tahun yang lalu

NGO Prihatin, Bantu Anak Asnaf Di Chow Kit Berkhatan Percuma

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Paksa’ Kontraktor Bumiputera Kelas F Naik Gred Tak Relevan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah