web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bunuh Isteri Guna Dumbel, Lelaki Direman 7 Hari

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2023 1:59PM

Seorang lelaki direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh isterinya yang dipercayai dipukul menggunakan dumble semalam. gambar BERNAMA 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mahkamah Majistret di sini hari ini, membenarkan permohonan reman tujuh hari terhadap seorang lelaki yang dipercayai membunuh isterinya dengan menggunakan dumbell, di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, semalam.

Timbalan Pendaftar, Saidatul Akmar Suberi membenarkan perintah tahanan reman terhadap lelaki yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap itu, hingga Jumaat (22 Disember) depan.

Terdahulu, suspek yang berusia 38 tahun tiba di pekarangan Mahkamah Shah Alam dengan memakai pakaian lokap itu, diiringi pegawai dan anggota polis pada jam 9.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, sebelum ini dilaporkan berkata, seorang pensyarah kolej maut dipercayai selepas dipercayai dipukul menggunakan dumbel oleh suaminya, akibat cemburu dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, Shah Alam, awal pagi semalam. 

Mohd Iqbal berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 5.33 pagi oleh suspek sendiri, yang mengatakan isterinya mengalami sawan sebelum membawa mangsa ke Hospital Shah Alam kerana tidak sedarkan diri. 

Beliau berkata, bagaimanapun pemeriksaan awal oleh doktor ke atas wanita berusia 33 tahun itu mendapati, terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuhnya dan siasatan lanjut mendapati mangsa dipukul oleh suspek akibat cemburu.

Mohd Iqbal berkata, bertindak atas maklumat tersebut, pada jam 12.49 tengah hari, lelaki itu ditahan di Hospital Shah Alam dan senjata yang dipercayai digunakan untuk memukul isterinya iaitu sebuah dumbel, turut dirampas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kejam! Suami Tikam Isteri 12 Kali

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Bunuh Guna Dumbel: Keluarga Masih Terkejut, Serah Siasatan Kepada Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi