web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bunuh Guna Dumbel: Keluarga Masih Terkejut, Serah Siasatan Kepada Polis

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2023 2:51PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Keluarga seorang pensyarah wanita yang maut dipercayai dibunuh suaminya menggunakan dumbel di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, Bukit Rimau, di sini masih dalam keadaan terkejut dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak polis.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menerima khabar duka berhubung kejadian itu ketika sedang bekerja sekitar jam 8 pagi semalam.

"Pada waktu itu, saya hanya diberitahu bahawa mangsa sudah meninggal dunia dan diminta hadir ke Hospital Shah Alam (HSA)

"Kami sekeluarga memang masih terkejut dengan kejadian itu dan berharap polis dapat menjalankan siasatan menyeluruh," katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik HSA hari ini.

Lelaki itu berkata, mangsa adalah anak kedua daripada tiga beradik.  

Menurutnya, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di kampung halaman ibunya iaitu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Kembong, Pulau Indah, Pelabuhan Klang petang ini.

Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan reman tujuh hari bermula hari ini terhadap seorang lelaki yang disyaki membunuh isterinya dengan menggunakan dumbel, di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 5.33 pagi oleh suspek sendiri, yang mengatakan isterinya mengalami sawan sebelum membawa mangsa ke Hospital Shah Alam kerana tidak sedarkan diri. 

Beliau berkata, bagaimanapun pemeriksaan awal oleh doktor ke atas wanita berusia 33 tahun itu mendapati terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuhnya dan siasatan lanjut mendapati mangsa dipukul oleh suspek akibat cemburu.

Mohd Iqbal berkata, bertindak atas maklumat tersebut, pada jam 12.49 tengah hari, lelaki itu ditahan di Hospital Shah Alam dan senjata yang dipercayai digunakan untuk memukul isterinya iaitu sebuah dumbel, turut dirampas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Bunuh Isteri Guna Dumbel, Lelaki Direman 7 Hari

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Polis Rakam Semula Keterangan Ibu Bapa, Individu Jumpa Mayat Zayn Rayyan

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Zayn Rayyan Dipercayai Dibunuh Di Lokasi Lain Sebelum Mayat Diletakkan Di Anak Sungai

4

Semasa 10 bulan yang lalu

19 Ahli Keluarga Terbunuh, Pensyarah USIM Harap Gencatan Senjata Di Gaza

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global