web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas Komando Dilapor Hilang Ditemui Mati

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2023 8:09PM

Mayat Ab Manan Keri dibawa keluar dari kebun kelapa sawit di Kampung Palembang, Kluang - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Bekas komando Grup Gerak Khas (GGK) yang dilaporkan hilang sejak Khamis lepas, Ab Manan Keri, 73, ditemukan meninggal dunia di dalam kebun kelapa sawit di Kampung Palembang, di sini, kira-kira jam 5 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata mayat warga emas itu dijumpai oleh seorang penggembala lembu yang sedang menguruskan ternakannya di kawasan itu.

Beliau berkata penemuan mayat terbabit masih dalam radius pencarian iaitu kira-kira 500 meter dari Sungai Melantai, yang juga merupakan rangkaian kepada Sungai Mengkibol.

"Pengesahan juga sudah dilakukan oleh anak mangsa, Mohamad Shahfullah, 29, yang turut hadir ke lokasi penemuan mayat ayahnya sebaik dimaklumkan. 

Mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Palembang, di sini, hari ini.

Bahrin berkata dengan penemuan terbaik, PKTK ditutup secara rasmi pada jam 6 petang tadi.

Sementara itu, Norsam Kasbi, 56, yang menemui mayat bekas komando itu  berkata dia sedang menghalau lembu miliknya untuk ke kandang lalu terhidu bau busuk. 

Beliau berkata setelah didekati, dia ternampak satu mayat terdampar di tepi parit dalam kebun itu, menyerupai ciri-ciri orang hilang yang digambarkan sebelum ini.

“Saya kemudiannya terus ke PKTK untuk memaklumkan kepada pasukan penyelamat,” katanya.

Terdahulu, mangsa telah dilaporkan hilang oleh keluarganya setelah menghadiri majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat Batu Pahat dan Kluang, yang diadakan di Dataran Tasik, di sini Khamis lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Anak Gajah Mati Dilanggar Di JRTB

2

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Aduh Buat Hal La Motor Ni...

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Lelaki Bersenjata Api Disyaki Penjenayah Maut Ditembak

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 13 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad