web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


100 Peserta Pertama JELITA@RISDA Miliki SKM

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2023 5:00PM

gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Sebanyak 100 wanita kumpulan pertama daripada 2,300 peserta Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement JELITA@RISDA hari ini menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) selepas berjaya menamatkan kursus dan amali awal bulan ini.

Ketua Eksekutif Kolej RISDA Sdn Bhd, Datin Faizatul Akmar Hisan berkata, program di bawah Pendidikan dan Latihan Vokasional dan Teknikal (TVET) yang dilancarkan pada Ogos lalu itu dijangka mampu menjana pendapatan peserta, khususnya yang berada di luar bandar kira-kira RM2,500 sebulan melalui pelbagai sektor yang diceburi.

"RISDA memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk menjayakan Program JELITA@RISDA tahun ini membabitkan pelaksanaan lima modul iaitu amali urutan terapi, pembuatan pakaian wanita, terapi bekam angin, pembuatan pastri dan fotografi.

"Kita akan teruskan program ini kepada peserta lain sepanjang tahun hadapan bagi mencapai matlamat memperkasakan peranan wanita dalam ekonomi dan keusahawanan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup Kursus JELITA@RISDA SKM PPT Amali di sini, hari ini.

Beliau berkata, program itu bukan hanya memberikan latihan teknikal, tetapi turut menyediakan peserta dengan panduan mengaplikasikan kemahiran yang diperoleh dalam kegiatan keusahawanan.

Faizatul Akmar berkata, semua peserta yang turut dibekalkan peralatan itu akan dipantau dan dibantu dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan kursus bagi memastikan keberkesanan program kepada golongan sasar itu.

Kaedah latihan secara amali ini, katanya, menjadi saksi kebolehlaksanaan program ke suatu tahap yang lebih jauh berbanding kursus JELITA yang dilaksanakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan RISDA akan turut mempertimbangkan penyertaan daripada wanita berumur 60 tahun ke atas untuk menyertai program itu berbanding 16 hingga 60 tahun ketika ini berdasarkan tahap kesihatan, kecerdasan dan minat.

Sementara itu, seorang peserta JELITA@RISDA yang mengikuti kursus jahitan Hanizam Nazri, 41, berkata dia akan meneruskan perniagaan dalam talian dengan menambah produk jahitannya.

"Sebelum ini, saya hanya fokus kepada jahitan pakaian wanita, namun dengan tambahan ilmu baharu ini saya ingin tambah produk bayi dan kanak-kanak termasuk tilam, selain mahu menjual pola pakaian," katanya.

Hanizam berkata, dengan kemahiran itu dapatlah beliau membantu menampung pendapatan suaminya untuk menyara enam anak mereka yang semuanya masih bersekolah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 bulan yang lalu

Pembiayaan Tambahan RM200 Juta Disediakan Untuk Program TVET - PM

2

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Strategi Baharu Akan Dirangka Pastikan Bakat TVET Relevan - Steven Sim

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Generasi Muda Perlu Diberi Peluang Dalam TVET Berteknologi Tinggi - Ahmad Zahid

4

Pendidikan 9 bulan yang lalu

KPT Kaji Ekosistem TVET Bagi Mantapkan Sistem Pendidikan Teknikal, Vokasional Negara

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah