web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rumah Warisan Mahaguru Gayung Akan Dibina Semula - Megat Zulkarnain

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2023 7:57PM

Kediaman pengasas silat gayung Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman Daeng Uda Mohd Hashim. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAIPING - Kediaman pengasas silat gayung Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman Daeng Uda Mohd Hashim di sini, yang usang serta menunggu masa untuk menyembah bumi akan dibina semula.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, pembinaan semula rumah lahirnya ribuan jaguh silat dan jurulatih seni mempertahankan diri negara itu dijangka bermula seawal tahun depan.

Megat Zulkarnain yang juga Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan, bantuan dihulurkan bagi pembinaan semula rumah itu adalah atas kapasiti peribadi dan tidak melibatkan PESAK.

Beliau juga telah bertemu dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad untuk memaklumkan mengenai usaha membina semula rumah berkenaan, selain berbincang mengenai proses dokumentasi antaranya melibatkan pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

“Saya nak minta pimpinan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Perak untuk cari kontraktor dan kita akan bina semula. Kita nak usahakan balik, membina semula ikut (reka bentuk) asal rumah ini,” katanya ketika melawat rumah berkenaan di sini, hari ini.

Megat Zulkarnain berkata, kehadiran beliau memberi bantuan adalah atas sifat sebagai seorang pemimpin dalam persilatan iaitu Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia dan tidak bertujuan mencampuri pengurusan serta pentadbiran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

“Tujuan saya untuk menyelesaikan, kemudian kita serahkan balik dan mereka uruskanlah, itu bukan lagi urusan saya (sesudah selesai pembinaan rumah berkenaan),” katanya.

Beliau berkata, terdapat juga sejarah serta nilai instrumental di rumah itu apabila ia menjadi lokasi pertemuan ayahnya, Allahyarham Tan Sri Omardin Mauju (Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia) dengan Meor Abdul Rahman.

“Pada awalnya pertemuan itu bagi tujuan lain, akhirnya di rumah ini mereka bersumpah dunia akhirat sebagai adik-beradik sebab lincah (seni silat) bawa semangat Jebat, dan gayung (seni silat) membawa semangat Tuah,” katanya.

Pada 20 Disember lalu, BERNAMA melaporkan rumah itu yang berada di tepi Jalan Ayer Kuning menghala ke jalan utama Changkat Jering di sini sudah usang dan menunggu masa untuk menyembah bumi, selain dikelilingi semak samun dengan tingkap, pintu, dinding dan bumbungnya mereput.

Waris Amanah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Sazali Salleh, 60, yang juga anak angkat mahaguru silat gayung itu berkata, mereka pernah berusaha mengumpul dana bagi membaiki dan membaik pulih rumah arwah ayahnya itu, namun gagal. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kediaman Hamzah Diserbu LHDN?

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Potongan Cukai Taksiran 30 Peratus Untuk Kediaman Bawah RM300,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Petunjuk Baharu Kehilangan Zalina, Rumah Diperiksa 3 Kali - Polis

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

5 Amalan Dalam Islam Yang Disarankan Ketika Berpindah Ke Rumah Baharu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi