web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bom Lama Sebesar Tong Gas Ditemui Di Gemas

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2023 9:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAMPIN - Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin menerima maklumat daripada orang awam berkenaan penemuan sebutir objek menyerupai bom lama di ladang Jelai, Gemas petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Amiruddien Sariman berkata, bertindak atas maklumat itu, anggota Balai Polis Gemas bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati objek berkenaan merupakan bom sebesar saiz sebuah tong gas, dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua.

"Anggota bertugas segera memasang tali garisan polis bagi memaklumkan lokasi terbabit sebagai kawasan larangan dan bahaya," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan IPD Tampin melaksanakan proses pemusnahan bom itu hari ini.

"Teknik pemusnahan bom secara low order menggunakan vulcan shape charge yang menyebabkan bom akan meletup sehingga menjadi serpihan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Bukan Kereta Aja Yang Boleh Hanyut, Tong Gas Pun Boleh!

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Pengeboman Di Bali: 2 Rakyat Malaysia Di Guantanamo Mengaku Bersubahat

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Bawa Segera Dalang Pengeboman Wilayah Kerman Ke Muka Pengadilan - PM

4

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Aiyo Nasib Baik Tak Meletup Bang!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global