web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


77 Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara Bagi Kesalahan Dadah - Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Dec 2023 8:16PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 77 rakyat Malaysia ditahan di luar negara sejak 2021 hingga November tahun ini atas pelbagai kesalahan dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, daripada jumlah itu, 32 individu ditahan kerana menyeludup dadah pada 2021, manakala 17 individu ditangkap bagi kesalahan yang sama pada tahun berikutnya.

Beliau berkata, 28 individu pula ditahan kerana terpedaya dan menjadi mangsa keldai dadah di pintu masuk pelbagai negara bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini.

“Kebelakangan ini kes tangkapan rakyat Malaysia di luar negara yang dikaitkan dengan keldai dadah (drug mule) semakin meningkat.

“Sindiket dadah dapat mempengaruhi dan memperalat rakyat Malaysia dengan menawarkan upah yang lumayan antara RM5,000 hingga RM10,000 untuk menyeludup dadah ke luar negara melalui media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, situasi ini amat membimbangkan dan polis menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan sindiket dadah yang semakin licik menawarkan pelbagai tawaran serta habuan tinggi untuk mencari mangsa yang dapat digunakan menyeludup masuk dadah ke luar negara.

Polis meminta orang ramai agar menghubungi hotline JSJN 012-2087222 dengan segera jika mempunyai sebarang kemusykilan atau keraguan berkenaan tawaran percutian percuma atau kerja di luar negara atau lain-lain tawaran dengan gaji yang lumayan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 3 bulan yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka