web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Najib Terima AS$681 Juta Disyaki Wang Rasuah Untuk Beli Undi Pada PRU13 - Pegawai Penyiasat

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2024 5:20PM

Datuk Seri Najib Razak. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak menerima AS$681 juta daripada Tanore Finance Corporation disyaki wang rasuah yang digunakan oleh bekas Perdana Menteri itu untuk membeli undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin, yang juga Pegawai Penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata, wang itu diterima melalui Falcon Private Bank Singapore yang dideposit ke dalam akaun AmPrivate Banking milik Najib sekitar 2013.

Tanore Finance Corporation adalah syarikat milik Eric Tan iaitu sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.

Nur Aida yang bertugas di Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya berkata, aduan mengenai kemasukan wang itu diterima pada 4 Mei 2015 dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

"Isi kandungan aduan tersebut antara lain menyatakan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan Menteri Kewangan telah menerima suapan melalui dana awam pelaburan 1MDB berjumlah RM3.2 bilion untuk kepentingan peribadi beliau," kata saksi pendakwaan ke-49 itu.

Nur Aida berkata demikian, ketika membacakan pernyataan saksi semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.

Saksi itu berkata, fokus siasatan adalah berhubung jumlah kemasukan wang yang sangat besar ke dalam dua akaun peribadi Najib di antara 2011 dan 2014.

"la berhubung Datuk Seri Najib yang dikatakan menggunakan kedudukan beliau bagi mendapat suapan dan sepanjang tempoh tersebut, beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

"Saya menjalankan siasatan berdasarkan dokumen yang diperoleh daripada beberapa pihak antaranya Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kewangan," katanya.

Najib, 70, yang menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009, telah dilantik semula menyandang jawatan itu pada 6 Mei 2013 selepas Barisan Nasional memenangi 133 kerusi Parlimen pada PRU13.

Beliau berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah