web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bawa Segera Dalang Pengeboman Wilayah Kerman Ke Muka Pengadilan - PM

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Jan 2024 9:05AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalang pengeboman di Wilayah Kerman, Iran perlu segera diheret ke muka pengadilan.

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia membantah dan mengecam serta mengutuk tegas sebarang bentuk keganasan ke atas mereka yang tidak berdosa. 

Tegas beliau, dunia perlu ikut membantah budaya ganas dan rakus deni menyelamatkan kemanusiaan sejagat. 

“Sudah hampir tiga bulan dunia menyaksikan pembantaian Israel ke atas mereka yang tidak berdosa di Palestin dan yang terbaru di Lubnan dua hari yang lalu.

“Amat menyedihkan tatkala beberapa bom dilaporkan meledak di Wilayah Kerman berdekatan Iran semalam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Perdana Menteri, tragedi berkenaan telah meragut hampir seratus nyawa tidak berdosa dan mencederakan lebih dua ratus yang lain. 

“Malaysia mengutus takziah kepada negara sahabat Republik Islam Iran dan warganya, dan Malaysia turut berdukacita dan bersolidariti.

“Di tahun baharu ini, Malaysia ingin mengajak dunia untuk ikut membantah budaya ganas dan rakus dan selamatkan kemanusiaan sejagat,” katanya.

Sekurang-kurangnya 103 individu maut, manakala 188 lagi cedera dalam dua letupan berhampiran kubur komander tentera yang dibunuh, Qasem Soleimani di bandar Kerman, Iran pada Rabu.

Insiden itu disifatkan pegawai kerajaan Iran sebagai serangan pengganas.

Stesen televisyen kerajaan melaporkan, satu daripada letupan berkenaan berpunca daripada bom dan ia berlaku pada ulang tahun keempat kematian Qasem.

Qasem terkorban dalam serangan udara Amerika Syarikat empat tahun lalu.

Insiden berkenaan memuncakkan lagi ketegangan di rantau itu, yang sememangnya beraca dalam keadaan ‘panas’ susulan perang Israel - Hamas di Semenanjung Gaza. - Getaran, 4 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Tehran Adakan Pengebumian Besar-Besaran Untuk Presiden Raisi Dan Mangsa Nahas Helikopter

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Bulan Sabit Merah Iran Sahkan Penemuan Helikopter Presiden Raisi Yang Terhempas

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Operasi Cari Helikopter Dinaiki Presiden Iran Sedang Berjalan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'