web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Benarkan Rayuan MIA, Kembalikan Aduan Tony Pua Terhadap Juruaudit 1MDB

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2024 8:01PM

Tony Pua - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan jawatankuasa tatatertibnya (DC) berjaya dalam rayuan mereka untuk mengembalikan semula aduan yang dikemukakan bekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua terhadap rakan kongsi Deloitte PLT, Ng Yee Hong berhubung audit penyata kewangan 1 Malaysia Development Bhd (1MDB).

la berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini terdiri daripada Datuk Azizah Nawawi, Datuk See Mee Chun dan Mohamed Zaini Mazlan membenarkan rayuan MIA dan DC untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan semakan kehakiman Ng untuk mengetepikan aduan Pua.

Hakim Azizah dalam keputusannya berkata mahkamah mendapati hakim Mahkamah Tinggi telah melakukan kekhilafan yang memerlukan campur tangan mahkamah rayuan.

Beliau berkata pertuduhan yang dikemukakan terhadap Ng atas aduan Pua tidak sama dengan pertuduhan berhubung aduan yang dikemukakan sebelum ini oleh Andrew Anand Solomon Devasahayam.

Hakim Azizah berkata Ng telah memohon pendengaran prosiding tatatertib bagi aduan Pua ditangguhkan selepas pendengaran aduan Devasahayam dan oleh itu tidak timbul isu DC mengemukakan aduan yang sama.

Hakim Azizah berkata Ng telah memohon pendengaran prosiding tatatertib bagi aduan Pua ditangguhkan selepas pendengaran aduan Devasahayam dan oleh itu tidak timbul isu DC mengemukakan aduan yang sama.

Beliau memerintahkan Ng membayar kos RM20,000 masing-masing kepada DC dan MIA. Keputusan mahkamah itu disampaikan secara dalam talian.

Dua aduan berasingan dikemukakan oleh Devasahayam dan Pua pada 31 Mac 2015 dan 26 Mei 2015, mengenai tertib profesional Ng sebagai juruaudit 1MDB bagi tahun kewangan berakhir 2013 dan 2014.

DC mendapati Ng bersalah atas aduan Devasahayam pada 2020. Beliau telah digantung selama dua tahun dan didenda RM5,000.

Semasa rayuan, dapatan DC disahkan oleh Lembaga Rayuan Tatatertib (DAB) MIA. Kecewa dengan keputusan DAB itu, Ng memfailkan permohonan semakan kehakiman yang kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Dis 2021.

Berhubung aduan Pua, Ng mengambil pendirian bahawa aduan oleh Devasahayam dan Pua adalah sama dan pada 10 Sept 2019, beliau menulis surat kepada DC supaya menolak aduan Pua.

Bagaimanapun DC, melalui surat bertarikh 23 Sept tahun yang sama, menolak permohonan Ng untuk tidak meneruskan prosiding tatatertib berhubung aduan Pua, menyebabkan beliau (Ng) memfailkan semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan DC.

Pada 11 Mei 2022, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Ng untuk membatalkan keputusan DC. DC dan MIA kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 3 bulan yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah