web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Denggi Meningkat, Tapi Tiada Kematian Dilaporkan - Dr Muhammad Radzi

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2024 4:22PM

Nyamuk Aedes dapat bertelur di tempat takungan air jernih di dalam dan di persekitaran rumah - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada kematian dilaporkan akibat komplikasi denggi pada Minggu Epidemiologi ke-01.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kes denggi bagaimanapun menunjukkan peningkatan dengan 3,181 jangkitan, berbanding 2,715 minggu sebelumnya.

Menurut beliau, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-01 adalah sebanyak 3,181 berbanding 2,219  bagi tempoh sama tahun 2023. 

“Tempoh sama tahun lalu bagaimanapun mencatatkan satu kematian.

“Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-1 pula adalah sebanyak 130, berbanding 131 pada minggu sebelumnya,” katanya.

Dr Muhammad Radzi Abu Hassan - gambar fail
Dr Muhammad Radzi Abu Hassan - gambar fail

Dr Muhammad Radzi berkata, dari 130 lokaliti yang dilaporkan, 100 lokaliti berada di Selangor, 14 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, tujuh di Perak, empat di Negeri Sembilan, masing-masing dua di Pulau Pinang dan Sabah serta satu di Kedah.

“Bagi survelan chikungunya, terdapat satu kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-01. Tiada wabak Chikungunya dilaporkan. 

“Untuk survelan zika pula, sebanyak 18 sampel darah telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif,” katanya.

Beliau menarik perhatian, nyamuk Aedes dapat bertelur di tempat takungan air jernih di dalam dan di persekitaran rumah. 

Antara tempat pembiakan yang jarang diperhatikan katanya, adalah tempat meletakkan kenderaan terutamanya yang terlindung di bawah bangunan, kawasan belakang rumah dan barang-barang lusuh yang dibiarkan di luar rumah.

“Bersihkan dan simpan bekas yang boleh menakung air dengan cermat jika masih digunakan. Pastikan bekas tersebut diberus dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum disimpan. 

“Lupuskan barang lusuh dan bekas berpotensi menakung air yang tidak digunakan di tempat pelupusan yang ditentukan. Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik dalam kolah, kolam hiasan serta dalam bekas/ struktur kekal yang menakung air. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika,” katanya. - Getaran, 13 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi