web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketua Polis Balai Didakwa Kasari Orang Awam Dipindah Ke Jabatan Lain

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2024 5:47PM

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang Ketua Polis Balai yang didakwa melakukan kekerasan terhadap orang awam baru-baru ini telah dipindahkan ke jabatan lain.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, langkah itu diambil sementara menunggu hasil siasatan dalaman yang dilakukan oleh pihaknya.

"Ketua Polis Balai berkenaan telah dipindahkan ke satu jabatan lain di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat sementara siasatan dijalankan. Jabatan itu juga tidak memerlukan individu itu berurusan dengan awam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, tindakan sewajarnya akan diambil selepas siasatan selesai.

Jumaat lalu, Kamarul Zaman berkata, polis menyiasat dakwaan bahawa seorang Ketua Polis Balai melakukan kekerasan terhadap orang awam seperti dipaparkan video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Video berdurasi 37 saat itu memaparkan individu didakwa Ketua Polis Balai menengking dan menampar berulang kali serta menarik rambut seorang lelaki di tempat awam yang tidak dinyatakan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

LIMA'23 Kembalikan Kemeriahan Langkawi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Suspek Wanita Kasari Bayi Di Taska Diburu

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Runtuh: Tak Sesuai Orang Awam Masuk Ke Kawasan SAR

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Turki Kecam Tentera Guna Kekerasan Terhadap Orang Awam Di Myanmar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi