web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kapal Tempur Pesisir Pertama Dijangka Turun Ke Air Pertengahan Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2024 8:12PM

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Rahman Ayob beramah mesra dengan sebahagian anak kapal pada upacara penamaan dan pentauliahan Kapal Diraja Sri Sabah dan Sri Sarawak (kanan) TLDM di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang pertama dijangka dapat diturunkan ke air pada bulan Mei atau Jun ini, dan diikuti dengan ujian bagi melengkapkan kerja-kerja pemasangan sistem dan peralatannya.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata, ujian itu dijangka mengambil masa 22 bulan sebelum ia boleh diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk pengoperasian, yang dijadualkan pada penghujung 2026.

"Itu bagi kapal pertama, dan sekiranya program itu berjalan lancar, lapan bulan berikutnya kita akan menerima LCS kedua, dan lapan bulan seterusnya yang ketiga dan keempat. Kejayaan yang pertama ini amat kritikal dalam menentukan kesinambungan projek ini sehingga kapal kelima," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Upacara Penamaan dan Pentauliahan Patrol Craft (PC) TLDM iaitu KD Sri Sabah dan KD Sri Sarawak di jeti Pangkalan TLDM Tanjung Gelang di sini, hari ini.

Beliau turut menyifatkan kemajuan pembinaan LCS setakat ini, sebagai pencapaian yang signifikan kepada TLDM dan fırma yang terlibat.

Sementara itu, katanya, permohonan TLDM bagi mendapatkan Kapal Misi Pesisir (LMS) kumpulan kedua masih di peringkat keputusan oleh Kementerian Kewangan, namun beliau optimis akan menerima berita baik untuk meneruskan perolehan itu dalam masa terdekat.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, Abdul Rahman berkata, KD Sri Sabah dan KD Sri Sarawak ditauliahkan buat kali kedua, memandangkan PC itu pernah ditauliahkan ke armada TLDM pada 1967 sebelum dipindah milik kepada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) pada tahun penubuhannya 2006.

Kapal sepanjang 31.4 meter dan 6 meter lebar dengan kemampuan mencapai kelajuan 22 knots itu dikembalikan kepada TLDM pada 10 Jun 2020 sebagai langkah interim sementara menunggu aset baru, dan akan ditempatkan di Kuantan buat sementara, sebelum ke Markas Wilayah Laut 2, Sandakan di Sabah.

Berdasarkan perancangan, kapal itu akan ditempatkan di perairan Sabah Timur bagi keperluan operasi di kawasan perairan sempit dan cetek, selain digunakan sebagai platform latihan warga TLDM.

"Kedua kapal ini telah dibaik pulih oleh MSET Shipbuilding Corporation Sdn Bhd (MSET) di Terengganu secara menyeluruh, melibatkan kerja replating dan repowering iaitu penukaran sistem kuasa gerak baru dan pemasangan peralatan sokongan lebih moden dan perubahan susun atur kapal bagi menjamin pengoperasian lebih berkesan dan selamat.

"Kita menjangkakan dua kapal ini boleh dioperasikan sehingga 15 tahun dan kejayaan MSET melaksanakan baik pulih kapal terlibat dengan kos RM18 juta setiap satu membuktikan industri pertahanan maritim tempatan juga berkebolehan dan berpotensi berdaya saing dengan industri luar negara," katanya.

Abdul Rahman berkata, secara keseluruhan, TLDM pernah memiliki 27 PC, namun kini hanya terdapat empat kapal kelas itu iaitu KD Sri Sabah, KD Sri Sarawak, KD Sri Perlis dan KD Sri Johor. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

LCS: MOF Tubuh SPV, Ambil Alih BNS Sebagai Anak Syarikat - Mohamad

3

Semasa 1 tahun yang lalu

BHIC Peroleh 2 Kontrak Berkaitan Kapal Selam TLDM Bernilai RM140 Juta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Mawilla 2 Bantu Bawa Pulang 11 Warganegara Hanyut Ke Perairan Filipina

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'