web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Situasi Banjir Di Segamat Tidak Berubah, 43 Mangsa Di PPS

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2024 10:05AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Segamat, Johor tidak berubah dengan 43 mangsa daripada 12 keluarga masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi ini, menurut laporan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

NADMA dalam laporan tersebut turut memaklumkan tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai berada pada paras bahaya yang menunjukkan trend meningkat iaitu Sungai Johor di Kota Tinggi, Johor, Sungai Kedah (Kota Setar, Kedah) dan Sungai Arau (Arau, Perlis).

Sungai Terengganu di Hulu Terengganu, Terengganu turut berada pada paras bahaya manakala Sungai Jemaluang (Mersing, Johor) dan Sungai Duyong (Jasin, Melaka) direkodkan berada pada tahap amaran.

Sebanyak 17 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak dan cerun runtuh antaranya Jalan Boh di Cameron Highlands, Pahang, Jalan Lingkaran Kahang Barat di Kluang, Johor dan Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu.

Menurut NADMA, Lebuhraya Kuantan-Segamat di Pekan, Pahang pula dijangka ditutup sehingga 28 Jan akibat jalan mendap dan Jalan Raya Timur-Barat di Hulu Perak, Perak buat masa ini hanya dibuka satu lorong akibat cerun runtuh. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki