web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agong Berkenan Tonton Dokumentari Khas Menjunjung Kasih Tuanku Terbitan BERNAMA TV

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Jan 2024 8:42AM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika menghadiri Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa selamat di Surau Utama Istana Negara, malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyaksikan tayangan perdana dokumentari khas berjudul 'Menjunjung Kasih Tuanku' terbitan BERNAMA TV di Istana Negara, malam tadi.

Al-Sultan Abdullah berkenan menonton dokumentari mengisahkan pemerintahan Seri Paduka selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selepas Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa selamat di Surau Utama Istana Negara, di sini.

Dokumentari khas berdurasi 30 minit itu ditayangkan pada layar skrin di ruang santapan istana dengan ditonton kira-kira 300 tetamu.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menter Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sebelum berangkat pulang, Al-Sultan Abdullah sempat memberi reaksi positif mengenai dokumentari khas berkenaan.

"Okey, Alhamdulillah... terima kasih," titah Seri Paduka ringkas sambil menunjukkan isyarat ibu jari tanda bagus.

Seri Paduka akan menamatkan pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini.

Dokumentari khas itu antara lain mengisahkan mengenai penerimaan rakyat jelata sepanjang pemerintahan Yang di-Pertuan Agong termasuk ketika Seri Paduka mencemar duli berada di lapangan bersama rakyat, mahupun ketika berangkat menjelajah mengelilingi Malaysia serta majlis undangan rasmi bersama pemimpin negara.

Selain itu, sisi Al-Sultan Abdullah yang pelbagai termasuk ketika bersantai di samping kerabat diraja atau ketika berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja termasuk ketika berangkat merasmikan pembukaan sidang Parlimen turut dipaparkan dalam dokumentari khas berkenaan.

Tayangan dokumentari itu mula disiarkan hari ini sehingga 30 Januari menerusi beberapa siaran ulangan iaitu pada jaml 10 pagi dan 3.30 petang esok; 8.30 malam 27 Januari; 12.30 tengah hari 28 Januari; 10 pagi 29 Januari serta jam 6 pagi dan 11.30 pagi, 30 Januari. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Istana Negara Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka