web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di 4 Negeri Turun Kepada 3,002 Orang Setakat 8 Malam - NADMA

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2024 8:26AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor menurun kepada 3,002 orang dan berlindung di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 3,432 orang, petang semalam.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Terengganu masih merekodkan kadar mangsa tertinggi dengan 1,823 orang dan berlindung di 22 PPS di empat daerah.

Kesemua 22 PPS yang beroperasi itu termasuk lapan PPS di Besut yang menempatkan 458 mangsa, tujuh PPS di Dungun (1,017 mangsa), empat PPS di Setiu (87 mangsa) dan tiga PPS di Hulu Terengganu (261 mangsa).

Di Kelantan, sejumlah 11 PPS beroperasi di tiga daerah iaitu enam PPS di Tanah Merah yang menempatkan 325 mangsa, empat PPS di Kuala Krai (182 mangsa) dan sebuah PPS di Pasir Puteh (28 mangsa).

Bagi perkembangan situasi banjir di Pahang, sejumlah dua PPS beroperasi di dua daerah di negeri itu iaitu sebuah PPS di daerah Kuantan yang menempatkan 468 mangsa dan sebuah PPS di Rompin dengan sembilan mangsa.

Di Johor pula, dua PPS masih beroperasi iaitu sebuah di daerah Mersing dengan 167 mangsa dan sebuah lagi di Kota Tinggi, namun tiada mangsa berlindung di PPS berkenaan sehingga 8 malam ini susulan banjir di daerah itu semakin pulih.

Tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran, NADMA mendapati beberapa sungai berada pada paras bahaya di Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, Sabah, Selangor dan Terengganu.

Antara sungai terlibat adalah Sungai Johor di daerah Kota Tinggi, Sungai Kedah di Kota Setar (Kedah), Sungai Golok di Pasir Mas (Kelantan), Sungai Rompin (Pahang), Sungai Arau (Perlis), Sungai Kinabatangan (Sabah), Sungai Klang di Petaling (Selangor) dan Sungai Dungun (Terengganu).

NADMA turut memaklumkan 38 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak serta jalan dan cerun runtuh antaranya di Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu; Jalan Sungai Lembing di Kuantan, Pahang; dan Jalan Johor Bahru-Endau di Kota Tinggi, Johor. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki