web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Waspada Panggilan Mencurigakan Oleh Individu Menyamar Pegawai MCMC

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2024 2:59PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Orang ramai diingatkan berwaspada dengan panggilan mencurigakan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC berkata, modus operandi panggilan yang diterima bermatlamat memperdaya mangsa bagi tujuan tertentu dan pemanggil akan mengancam dengan menyatakan terdapat aduan terhadap talian digunakan dan mendakwa mangsa telah melakukan kesalahan.

Katanya, sekiranya mangsa gagal mengikut arahan yang diberikan, talian mereka akan disekat atau disenarai hitam.

"Bermula 1 hingga 25 Januari 2024, MCMC telah menerima sejumlah 259 aduan dan daripada jumlah tersebut, 238 panggilan pertanyaan telah diterima bagi mengesahkan isu berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

MCMC menegaskan sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan dengan suruhanjaya itu lazimnya dilakukan mengikut saluran rasmi seperti e-mel, laman sesawang atau platform media sosial miliknya dan pihak berkuasa termasuk MCMC tidak akan meminta butiran dan maklumat perbankan peribadi individu.

Justeru, MCMC berkata, orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan mendapatkan pengesahan sewajarnya serta jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi kepada individu tidak dikenali dan jangan memindahkan wang kepada akaun yang diragui.

Selain itu, MCMC berkata, orang ramai disarankan untuk membuat tetapan sekatan ke atas nombor telefon pemanggil atau mendapatkan perisian atau aplikasi bagi menyekat kemasukan panggilan atau SMS (khidmat pesanan ringkas) ke talian telefon yang dimiliki.

Orang ramai juga digalakkan untuk menyalurkan maklumat dan mengemukakan aduan berhubung penipuan kepada pihak polis atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian Hotline 997 yang beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

3

Semasa 5 bulan yang lalu

MCMC Rakam Keterangan Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo Esok

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Fahmi Arah MCMC Ambil Tindakan Terhadap Pengguna TikTok Sebar Video Berbaur Fitnah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang