web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keputusan Lembaga Pengampunan: Jangan Terlanjur Komen Di Media Sosial - Fahmi

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2024 3:28PM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memohon semua pihak untuk menghormati dan tidak terlanjur dalam membuat komen termasuk di media sosial berhubung keputusan Lembaga Pengampunan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk membuat sebarang keputusan, selain telah diputuskan dalam beberapa kes sebelum ini bahawa keputusan itu tidak boleh dipersoal di mahkamah.

"Kalau keputusan mahkamah tidak boleh dipersoal, saya mohon kita semua hormat (keputusan pengampunan). Jika kita terlanjur dalam beberapa komen, beberapa tindakan boleh diambil sama ada oleh polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

"Jadi, jangan sampai berlaku pelanggaran undang-undang, adab, tatasusila dan jangan sentuh isu 3R (agama, bangsa dan raja). Ini peringatan kepada semua. Jika ada mana-mana pihak yang menguji sistem itu, maka tindakan boleh diambil.

"Saya mohon supaya semua (untuk) cakna dan berwaspada (dalam membuat komen). Jangan sehingga tindakan diambil," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melakukan Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Goh di sini, hari ini.

Turut menyertai ujian itu, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Ketua Bahagian Koordinasi Negeri MCMC, Bukhari Yahya dan Ketua Pengarang BERNAMA, Nur-ul Afıda Kamaludin.

Ditanya penerimaan rakan dan ahli parti terutamanya UMNO memandangkan ada yang berharap bekas Perdana Menteri itu dibebaskan, Fahmi optimis pimpinan parti dalam kerajaan MADANI akan bersama-sama menguruskan perkara tersebut dengan baik.

"Kita perlu hadapi perkara ini bersama-sama dan kebersamaan ini pada saya, akan menjadi kekuatan. Isunya adalah kita perlu memberi penjelasan tentang proses dan apa yang boleh dilakukan. Tidak boleh melangkaui batas undang-undang, Perlembagaan dan kita hormat institusi yang telah membuat keputusan," katanya.

Semalam, Lembaga Pengampunan memaklumkan bahawa hukuman penjara terhadap Najib dikurangkan daripada 12 tahun ke enam tahun, selain denda berjumlah RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Najib, 70, yang meringkuk di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan dengan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International, telah memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi telah menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah serta satu pertuduhan salah guna kedudukan.

Selain itu, Fahmi juga berharap pimpinan politik, termasuk dari 'parti sama dengan beliau' untuk bermuhasabah dan tidak terlalu pantas dalam memberi komen yang boleh mengguris hati sahabat dalam kerajaan MADANI, selain boleh membuka peluang kepada pihak yang hendak menangguk di air keruh.

Sebagai contoh, beliau merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang dilapor media beberapa hari lalu, mahu UMNO menukar pemimpinnya, yang disifatkan Fahmi sebagai pandangan peribadi dan tidak mewakili parti.

"Saya ada menghubungi beliau dan memberi teguran keras tentang ini. Beliau tidak patut mengeluarkan kenyataan seperti itu. Jangan jaga kain parti orang lain. Beliau sahabat dan orang yang saya hormati serta mempunyai prinsip tetapi cara beliau tidak membantu.

"Kalau kita buat begitu, ada pihak yang akan mengambil kesempatan. Bukan tempat saya untuk memberi teguran kepada mana-mana pimpinan atau ahli parti, namun kita mohon kerjasama dari semua dalam kerajaan MADANI," katanya.

Fahmi berkata, sekiranya terdapat teguran yang hendak dikemukakan, ia perlu dilakukan secara tertib dengan menyampaikannya kepada pimpinan untuk diuruskan dengan baik. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'