web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hina Agong: Tony Pua Beri Keterangan Esok - KPN

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2024 8:36PM

Bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua akan memberi keterangan berhubung kenyataannya yang menghina institusi diraja di Facebook, esok, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Menurut Razarudin, Pua akan memberi keterangan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga boleh mengganggu proses siasatan serta menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalan apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan itu dibuat susulan laporan yang diterima pihak polis berhubung kenyataan Pua, susulan keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman bekas perdana menteri Najib Razak.

Jumaat lalu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengumumkan bahawa hukuman penjara ke atas Najib dikurangkan kepada enam tahun, manakala denda kepada RM50 juta. - Getaran, 4 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 7 bulan yang lalu

Tak Perlu Siasat Tony Pua, Biarkan Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya - Aktivis

2

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Keputusan Lembaga Pengampunan: Jangan Terlanjur Komen Di Media Sosial - Fahmi

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Hormati Keputusan Lembaga Pengampunan, Najib Berhak Merayu - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah