web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Denggi Catatkan Peningkatan Untuk Minggu Epidemiologi 05 - KP Kesihatan

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2024 8:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-05 menunjukkan peningkatan, apabila mencatatkan 3,969 kes berbanding 3,781 minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian direkodkan akibat komplikasi denggi dilaporkan sepanjang tempoh itu.

Menurut beliau, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME 05 adalah sebanyak 18,427  berbanding 11,127 bagi tempoh sama tahun 2023.

“Terdapat sembilan kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding enam kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.

“Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME 05 adalah sebanyak 180 lokaliti berbanding 148 hotspot pada minggu sebelumnya,” katanya.

Dr Muhammad Radzi berkata, 143 dari 180 lokaliti dilaporkan berada di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (20), Negeri Sembilan (tujuh), Perak (empat), Pulau Pinang (tiga) serta masing-masing satu di Pahang, Sabah dan Sarawak.

“Bagi survelan chikungunya, terdapat satu kes direkodkan pada ME 05. Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah tiga kes. 

“Tiada wabak Chikungunya dilaporkan pada ME 05 manakala bagi survelan zika, sebanyak 210 sampel darah telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif,” katanya.

Beliau memberitahu, musim perayaan dan cuti sekolah menyebabkan peningkatan pergerakan masyarakat meningkat, sekali gus meningkatkan risiko berlakunya peningkatan jangkitan demam denggi. 

“Sebelum meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung dan bercuti, pastikan tiada bekas-bekas yang boleh menakung air di rumah dan menutup semua bekas yang menyimpan air dengan rapat serta letakkan ubat pembunuh jentik-jentik. 

“Lakukan langkah-langkah pencegahan kendiri terutama jika berada di kawasan berisiko seperti memakai pakaian berwarna cerah, menggunakan penghalau nyamuk (repelan) dan menutup anggota badan yang terdedah, terutama apabila berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes iaitu jam 5 pagi hingga 8 pagi dan 5 petang hingga 8 malam,” katanya.

Dr Muhammad Radzi turut mengingatkan orang ramai agar menyembur aerosol di seluruh bahagian dalam rumah setelah pulang bercuti bagi membunuh nyamuk dewasa yang bersembunyi. 

“Orang ramai boleh mendapatkan informasi penyakit demam denggi serta lokasi wabak dan hotspots melalui laman sesawang iDengue, https://idengue.mysa.gov.my. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika,” katanya. - Getaran, 7 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Denggi: Simptom Serius Boleh Membawa Maut

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Kes Denggi Meningkat Pada ME03, Tiada Kematian Direkodkan

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Kes Denggi Di Ipoh Naik 265 Peratus, Musim Hujan Berterusan Antara Faktor

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Denggi Di Bangladesh Meningkat, Lebih 11,000 Dimasukkan Ke Hospital

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 13 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad