web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lap Mulut Dengan Wang, Anak Tiri Taib Mahmud Undang Kemarahan

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2024 4:08PM

Raghad Kurdi Taib bersama dua anak lelakinya - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kontroversi menyelubungi Toh Puan Raghad Kurdi Taib seakan tidak pernah berhenti.

Bermula dengan tindakannya ‘’melarikan’ suami, Tun Abdul Taib Mahmud yang juga bekas Yang di-Pertua Sarawak dari hospital, Raghad selepas itu terus dilanda pelbagai isu panas.

Terbaru, anak lelakinya, Nizar Taib mengundang kemarahan ramai selepas memuat naik video mengesat mulutnya menggunakan segumpal wang.

Video berkenaan yang dimuat naik di TikTok memaparkan Nizar mengesat mulut dengan beberapa helai wang kertas selepas makan, seolah-olah ia adalah tisu.

Perbuatan tersebut jelas ‘menyakitkan hati’, khususnya ketika jutaan rakyat terpaksa hidup dalam kesempitan akibat kenaikan kos sara hidup.

Annoyed Malaysian yang memuat naik video berkenaan di X berkata, wang digunakan Nizar itu barangkali adalah milik rakyat Sarawak.

“Reminder that Taib Mahmud's "bumiputera Melanau" stepson (Raghad's son) ate a burger on TikTok & wiped his mouth obnoxiously with cash that probably belongs to the people of Sarawak (ingat bahawa anak tiri ‘Bumiputera Melanau Taib Mahmud memakan burger di TikTok dan mengesat mulut dengan wang tunai yang mungkin milik rakyat Sarawak),” katanya sambil memberitahu, video berkenaan diperoleh dari portal Sarawak Report. 

Leeroy Ting pula berkata, Raghad memiliki dua anak lelaki Syria dari perkahwinan terdahulu.

“Kedua-dua mereka secara kontroversi dikurniakan status kerakyatan dan Bumiputera. 

“Kesemua mereka berpeluang mewarisi kekayaan Sarawak bernilai berbilion ringgit jika terjadi apa-apa kepada Taib Mahmud,” katanya.

Menggunakan handle @astrixliberty, netizen ini pula berkata, dia pernah berbalas mesej dengan Nizar di Instagram dua tahun lalu.

“ Saya pernah berbalas mesej ringkas dengan Nizar dua tahun lalu.

“Konteks: Seorang lelaki dipenjara 12 hari dan didenda RM10,000 kerana menghalang konvoi Taib Mahmud, kemudian anak tiri Taib ini memuat naik hantaran di Instastory dan berkata ‘inilah yang akan awak dapat jika bermain dengan api’,” katanya. - Getaran, 8 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Taib Mahmud Meninggal Dunia, Akan Dikebumi Di Sarawak

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Isu Bekas TYT Sarawak: Polis Minta Orang Ramai Tidak Buat Spekulasi

3

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Berani Budak Kecik Ni Balas Balik Kat Mak Dia

4

Selebriti 11 bulan yang lalu

Syifa Melvin, Safawi Rashid Sambut Kelahiran Anak Pada Sabtu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini