web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Mangsa Disahkan Maut Dalam Insiden Pesawat Terhempas Di Kapar

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Feb 2024 8:25PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAPAR - Juruterbang dan seorang penumpang disahkan maut dalam kejadian pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas tengah hari tadi di Kampung Tok Muda di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mengikut manifest yang didaftarkan, nama mangsa yang terbunuh adalah Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan Roshaan Singh Raina, 42.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat sedalam lebih dua meter, di kawasan ladang kelapa sawit dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 1.45 petang.

"Siasatan awal mendapati, pesawat itu menjunam di kawasan ladang kelapa sawit hingga menyebabkan 45 peratus badan pesawat terbenam ke dalam tanah.

"Usaha mengeluarkan dua mangsa lelaki rakyat tempatan sedang dilakukan dan dijangka selesai kira-kira 10 malam ini, dan mayat akan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang)," katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini.

Hussein berkata, kedua-dua mangsa dipercayai melakukan penerbangan rekreasi sebelum kejadian.

Beliau berkata, berdasarkan kad pengenalan mangsa, kedua-duanya berasal dari Johor dan Pulau Pinang, namun dipercayai menetap di Selangor.

"Kira-kira 150 anggota dari pelbagai agensi, terlibat dalam usaha mengeluarkan mayat dengan pencarian serpihan bangkai pesawat dilakukan dalam lingkungan 50 meter radius.

"Kita menghadapi kesukaran bagi mengeluarkan bangkai pesawat (yang terdapat mangsa di dalam) yang terbenam dan terpaksa menggunakan jengkaut dari pihak berkuasa tempatan," katanya.

Hussein berkata, kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kerosakan pada rumah penduduk di sekitar kejadian. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Pesawat United Airlines Mendarat Cemas Selepas Roda Tercabut Semasa Berlepas

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alamak, Tersilap Langkah! Kru Darat Syarikat Penerbangan Jatuh Dari Pesawat

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Insiden Helikopter Terhempas Di Pulau Angsa: 4 Termasuk Juruterbang Selamat - CAAM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Laporan Awal Siasatan Pesawat Terhempas Di Kapar Diketahui Bulan Depan - Kementerian Pengangkutan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 7 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah