web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tragedi Pesawat Ringan: Identiti 2 Mangsa Dikenal Pasti - Polis

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2024 9:28PM

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) ketika menjalanian misi mencari dan menyelamat di lokasi nahas - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Identiti dua mangsa tragedi pesawat ringan yang terhempas di Kapar, Klang petang tadi sudah diketahui.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua mangsa disahkan sebagai Daniel Tee Hsiang Khoon, 30 dan Roshaan Singh Raina, 42.

Hussein Omar Khan
Hussein Omar Khan

Menurut beliau, identiti mereka diperoleh berdasarkan manifest penumpang.

“Daniel Yee adalah juruterbang manakala Roshaan pula ialah pembantu juruterbang pesawat BK 160 Gabriel itu,” katanya, seperti dipetik Harian Metro.

Jelas Hussein, mayat kedua-dua mangsa yang difahamkan berasal dari Johor dan Pulau Pinang ditemui terbenam di dalam kokpit.

Contoh pesawat yang terhempas - gambar media sosial
Contoh pesawat yang terhempas - gambar media sosial

Beliau sebelum itu mengesahkan bahawa nahas terbabit meragut dua nyawa.

“Kedua-dua mangsa yang merupakan rakyat tempatan ditemui dalam kokpit pesawat dan terbenam lebih dua meter di dalam tanah.

“Laporan kejadian diterima polis pada jam 1.45 tengah hari tadi,” katanya.

Hussein terdahulu berkata, pesawat dengan nombor pendaftaran I-POOC itu adalah milik Air Adventure Flying Club dan berlepaa dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang (LTSAAS) pada jam 1.28 tengah hari untuk tujuan rekreasi.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan bahawa kedua-dua mayat tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sekitar jam 8.45 malam tadi untuk proses bedah siasat. - Getaran, 13 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Kelar Isteri: Suami Didakwa Tuduhan Bunuh

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang